Monday, December 22, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU..

Alhamdulillah, setelah sekian lama meninggalkan blog ini, saya berpeluang menulis lagi..Memandangkan di rumah, tidak dapat access internet, dan kekangan masa juga untuk keluar ke CC, jadinya, terpaksalah menunggu saatnya kembali ke Tg. Malim..
Berakhirnya cuti yang singkat bersama keluarga..Saya bakal memikul beban tugas sebagai Mu'allimah dalam 3 minggu sahaja lagi..Masih tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan dalam kelas nanti..Dari sekarang perlu ada perancangan. Bukan sahaja untuk mengajar Matematik, tapi perlu mendidik anak bangsa ini, walaupun saya hanya berpraktikal di sekolah itu dalam masa lebih kurang 4 bulan..
Sebenarnya, entry kali ini nak mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabat-sahabat yang telah menjejaki alam baru dalam kehidupan mereka..
  • Kak Naimah dan suami (16 Nov 2008)
  • Shakirah dan akhi Solah (22 Nov 2008)
  • Nurul Munirah dan suami (22 Nov 2008)
  • Angoh dan akhi mizan (29 nov 2008)
  • Kak Raudhah dan suami (30 Nov 2008)
  • Kak Juliana dan suami (4 Disember 2008)
  • kak nurul Hilmi dan Akhi Amir (6 Disember 2008)
  • Kak Ilyana dan suami

Ramai kan? Dalam banyak-banyak walimah, saya sempat ke walimah shakirah dan kak Ju sahaja. Maaf yang lain..hehe..Saya doakan agar jodoh sahabat semua berpanjangan dan terus istiqamah dalam menyambung perjuangan Rasulullah.. Mudahan zuriat sahabat semua juga adalah zuriat yang soleh dan solehah..Perkahwinan merupakan WASILAH kepada PERJUANGAN..Semoga berbahagialah semua.. (^_^)/

InsyaALLAH, saya juga bakal mendapat kakak ipar bulan satu ni.. (^_~) Bertambah ahli keluarga kami..

Thursday, November 20, 2008

Kenapa Bertudung Labuh

Saya selalu ditanya, “Akak ambil Pendidikan Islam ke?”. Soalan ini ditanyakan apabila melihat penampilan saya yang bertudung labuh. Saya hanya tersenyum. Hati saya bercampur antara perasaan geram dan cukup rendah diri..dan jawapan saya pun kadang-kadang menjadi dua.

Pertama, “Tak. Matematik je..” ini jawapan apabila saya fikir jauhnya diri saya berbanding taraf ustazah dan mereka yang ambil pendidikan Islam.

Kedua, “Pelajar Pendidikan Islam je ke yang boleh bertudung labuh?” Ini jawapan berbentuk sindiran untuk sesetengah orang yang bertanya apabila saya dah geram dengan pertanyaan sebegini.

Kenapa nak geram?? Kerana pemikiran masyarakat kita hari ini yang tak betul..Pemikiran masyarakat yang perlu dibetulkan. Pemikiran masyarakat yang agak sempit dan sukakan pelabelan..

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan yang sekular. Dengan sistem pendidikan inilah, pandangan masyarakat pun juga dipusing agar berpandangan, hanya pelajar sekolah agama yang layak bertudung labuh, hanya yang belajar pengkhususan agama Islam sahaja yang layak menyampaikan tentang Islam.. Saya cukup tak puas hati dengan sistem ini. Pernah saya bercita-cita, mengumpulkan mereka yang benar-benar faham tentang Islam dalam bidang pendidikan ini, tidak kira apa kos yang mereka ambil, dan menubuhkan sebuah sekolah swasta, menggunakan sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan Islam, menyelitkan tentang agama dalam silibus pengajaran Matematik, Sains, Bahasa dan semuanya. Barulah tidak ada pengasingan dan pelabelan lagi. Barulah mampu memusingkan kembali pemikiran masyarakat hari ini. InsyaALLAH, saya mahu merealisasikan impian ini. Kalau tidak mampu menubuhkan sebuah sekolah, cukuplah sistem pendidikan ini bertukar wajah..

Bertudung labuh bukan milik mereka yang bersekolah agama, bukan kewajipan buat mereka yang mengambil pengkhususan dalam pengajian Islam, bukan untuk mereka yang memilih untuk belajar di pondok tapi untuk semua yang mengatakan Tuhan mereka adalah ALLAH yang Maha Esa. Kenapa? Kerana dalam satu firman ALLAH SWT:

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya).....” (An-Nur:31)

Dalam firman ALLAH ini, ALLAH tak menyebut ‘pelajar-pelajar sekolah agama’ ataupun ‘pelajar pondok’ tapi ALLAH menyebut ‘para perempuan yang beriman’ yang mengkhususkan untuk semua wanita yang beragama Islam supaya melabuhkan tudung sehingga menutup paras dada. Jadi, milik siapakah tudung labuh itu? Jawapannya kewajipan untuk semua!

Sewaktu zaman persekolahan, saya memilih untuk menyambung ke sekolah sains dengan keputusan UPSR saya. Walaupun bukan sekolah agama, saya bertekad untuk memakai tudung labuh. Kerana ini yang kedua ibubapa saya ajar, agama saya ajar. Dan sudah pasti, saya adalah antara orang yang ganjil. Saya pernah di ‘sound’ oleh senior sewaktu saya di tingkatan 1,

“Tudung labuh adalah diharamkan!”

Tidak kurang juga yang memberi bermacam-macam gelaran. ‘superman’ dan ‘ikan pari-pari’ itu adalah biasa. Tudung besar dan labuh boleh disamakan dengan dua benda itu.. Ada juga yang kadang-kadang sanggup berhenti dan memberi salam, “Assalamualaikum ustazah.” Kemudian ketawa beramai-ramai. Salam itu antara dua, hormat atau perli..hanya mereka yang tahu.

Alhamdulillah, semua ini mengajar saya akan kehidupan. Di akhir zaman, mereka yang mengamalkan Islam umpama menggenggam bara api..Bayangkan..Sakit kan? Namun, janji ALLAH itu indah-indah semuanya. Janji ALLAH itu pasti. Jadi tidak perlu diragukan.

“Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali dagang. Beruntunglah orang-orang yang dagang (asing).”


Jadi, itulah sebabnya saya bertudung labuh. Jangan tanya lagi apa kos yang saya ambil. Dan persoalan itu sepatutnya ditukar kepada semua wanita yang beriman, “Kenapa tak bertudung labuh?”..

Buat semua, tutuplah aurat anda..Setiap aurat itu adalah maruah kita.. Jangan biarkan maruah kita tercemar. Islam itu indah, senang bukan payah..Permudahkan jangan susahkan..ringankan jangan beratkan..JOM COVER AURAH!!

Sunday, November 16, 2008

KELUARGA BAGAIMANA YANG KITA MAHU?

Hari itu, selesai dari kelas tambahan PM Ghazali, kami singgah di kedai makan depan Pintu Timur.. Disebabkan kerana belum breakfast, maka kami bercadang makan tengahari di sana.. Sambil makan, seorang sahabat saya membaca suratkhabar hari itu.. kes hangat, Norman ditangkap khalwat dengan Memey..Maka, masing-masing menjadi pengulas isu yang tidak bertauliah..(hehe)

“Tengokla, sebelum kawin dah ringan-ringan, dok mustahil lepas kawin boleh main dengan perempuan lain,” ujar sahabat saya, Nasuha..Saya mengangguk. Kak Mimi masih khusyuk membaca surat khabar.

“Orang perempuan ni, bila dah berkeluarga, dah ada anak, jarang yang fikir nak cari lain..tumpuan dah bertukar kepada keluarga. Boleh pulak Norman main dengan perempuan lain dalam Abby tengah berpantang..” saya memberikan pandangan. Sedikit timbul rasa kasihan saya pada Abby Abadi. Namun, siapa tahu pergolakan keluarga itu sebenarnya. Saya pernah melihat rancangan Bersamamu di TV3 ketika Abby menjadi salah seorang tetamu jemputan. Menangis dia melihat kesusahan sepasang suami isteri dalam berusaha mencari sesuap rezeki untuk anak-anak. Masih saya ingat kata-katanya, “Untung makcik, dalam keadaan susah masih kekal tanpa bercerai..” Dan saya kira kata-katanya lebih kepada muhasabah kepada dirinya yang ketika itu pernah bercerai talak satu dan dirujuk kembali oleh Norman.

“Kalu kita nak keluarga yang baik, anak-anak yang baik kena bermula dari peringkat awal lagi. Dari awal perhubungan kita sebelum kahwin lagi..Kena betul-betul jaga..nak anak-anak yang baik, yang soleh, dari sekarang kena doa. Bukan tunggu kahwin, mengandung 2 3 bulan baru nak doa kurniakan aku anak yang soleh..” Nasuha kembali menyambung pandangannya. Sekali lagi saya menyetujui kata-katanya.

“Tengok artis sekarang, kahwin majlis besar-besaran, heboh satu Malaysia, last-last cerai.. majlis pun dah banyak tak betulnya, bagaimana nak bentuk keluarga yang kukuh..Bagaimanala ALLAH nak redha dan berkati keluarga yang mereka nak bina..” sambungnya lagi.

“Itulah masyarakat Islam kita hari ini..Memandang perkara tu biasa. Adat dibesarkan, syariat diketepikan. Islam anjurkan kita membuat majlis tapi bersederhanalah..Mas kahwin berpuluh-puluh ribu..sebab adat la, ramai fikir susahnya nak kahwin. Pastu, banyakla maksiat, berzina, tangkap khalwat..itu yang besar-besar..yang bermesej tak tentu hala, telefon tiap masa, sama jugak saham dosanya..” tambah saya sambil bermuhasabah diri yang serba kurang ini.

Dan perbualan di meja makan itu banyak membincangkan tentang batas-batas pergaulan. Biarlah saya berpegang pada pendapat yang tegas dalam perhubungan ini mudahan saya lebih berhati-hati, dan sentiasa menguatkan iman, teguh dengan pegangan agar tidak tersasar dari landasan. Kalau hari ini kami membincangkan teori, membincangkan hal kejadian di sekeliling kami, bagaimana jika ALLAH menguji kami dengan ujian seperti ini..Adakah mampu mengawal nafsu yang sentiasa ingin menguasai diri? Tepuk dada tanya iman..

KELUARGA DAKWAH YANG INGIN DIBINA

Teringat saya kepada pesanan seorang ustazah..

“Apakah yang kamu mahukan dalam sebuah perkahwinan? Adakah sekadar untuk melepaskan nafsu yang dikawal sebelum membina rumahtangga? Bercinta habis-habisan selepas berkahwin sehingga meninggalkan matlamat sebenar pembentukan rumahtangga itu sendiri..”

Ustazah itu panjangkan lagi dengan menerangkan tentang Maratibul amal. Dimana bermula dari Fardhul muslim sehinggalah terbentuknya Khilafah, segalanya adalah wasilah untuk mencapai keredhaan ALLAH..Maka betapa pentingnya membentuk bait al-dakwah agar zuriat yang dilahirkan juga adalah penyambung dakwah dan perjuangan baginda. Jadi, permulaanya adalah dari individu muslim itu lagi. Andai inginkan pasangan yang beriman, yang soleh, yang berada di jalan dakwah, harus dimulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.

“Pasangan anda adalah cermin kepada diri anda sendiri..” sambung ustazah lagi.

Apabila ingin membentuk sebuah bait al-dakwah, maka perlu mengambil kira perhubungan dari pra-perkahwinan, hari perkahwinan dan seterusnya..

“Bait al-dakwah adalah medan semaian (melahirkan zuriat yang soleh/ah), medan tarbiyyah, medan dakwah, medan jihad, medan pengorbanan dan medan mencapai kemuncak cinta hakiki. Bait al-dakwah merupakan wasilah untuk melahirkan masyarakat dakwah bukan medan untuk memenuhi fitrah semata-mata, bukan medan nafsu cinta berahi, bukan medan mengumpul harta dan juga bukan medan berseronok/ bersenang dengan keluarga..” kata ustazah itu lagi. Sedikit menyentuh diri ini agar sentiasa memperkemaskan niat, dan menjaga niat dan keinginan sebenar dalam membentuk sebuah rumahtangga. Mudahan diri ini tidak tersasar dari matlamat sebenar.

“Perlu diingat, muslimat yang bekerja juga bukan untuk mencari nafkah, bukan untuk mengumpul harta, tapi adalah untuk tujuan dakwah..”

Satu perkara lagi, apabila ustazah itu menyentuh hal rukun usrah. Katanya, kebanyakan pendakwah hari ini hanya mengaplikasikan rukun usrah dalam usrah-usrah mereka, namun lupa, pengaplikasian yang sebenar adalah diperingkat pembentukan keluarga dakwah itu sendiri. Bermula dari ta’aruf, tafahum dan akhirnya takaful..Andai ketiga-tiga rukun usrah ini tidak digunakan dalam konsep pembentukan rumahtangga, maka boleh runtuhlah sesuatu institusi keluarga itu.

Ustazah juga sangat bertegas berkaitan tabarruj pada hari perkahwinan,
“Berkahwin dengan pasangan yang hebat agamanya, diri sendiri pun berdakwah ke sana ke mari, tapi masa majlis perkahwinan, dahlah bermekap, pakaian pun ada yang ketat, berkilat. Dah tak nampak rupa daie dah. Apa peranan si suami selepas akad tu?Biarkan saja isteri berkeadaan begitu.. Permulaan nak bentuk keluarga di hari perkahwinan dah pincang, apa yang akan berlaku seterusnya??” tegas ustazah bersuara tentang perkara ini. Mudahan saya juga mampu mempertahankan hal ini sewaktu hari perkahwinan saya suatu hari nanti. Tabarruj..Kadang-kadang dipandang enteng oleh muslimat daieah zaman sekarang. Kononnya untuk mendekati mad’u, bimbang mad’u takut melihat kita, akhirnya melanggar segala apa yang ditetapkan oleh syara’..Dosa bertambah, mad’u tak tambah-tambah..

Pengakhirannya, ustazah itu menekankan 3 langkah bermula dalam fasa pra perkahwinan. Pertama, berpegang kepada prinsip tauhid tentang jodoh. Redha dengan ketentuan ALLAH dan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH siapapun yang ALLAH hadirkan untuk menjadi pasangan kita. Kedua, perlu kenali diri sendiri, kenali keluarga sendiri, keinginan keluarga dan yang penting, betulkan tasawwur berkaitan bait al-dakwah..Dan yang ketiga adalah berpegang teguh kepada konsep al-iffah (kesucian) dan al- wafa’ (kesetiaan). Mudahan dipelihara hubungan kerana ALLAH ini dan terbentuk rumahtangga dakwah yang ingin dibina.

“Ya ALLAH kurniakanlah kepada kami pasangan kami dan anak-anak yang menyejukkan mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Wednesday, November 12, 2008

Telah berakhir..

Alhamamdulillah..Tamatlah sudah Exam terakhir saya di Ibu Kandung Suluh Budiman.. Setelah menghabiskan 3 jam menjawab soalan bagi kertas Pembolehubah Kompleks, kepala pun dah pening-pening, tersalah urat tengkuk, asyik menunduk mengira penyelesaian kepada soalan yang jawapannya tidak tahu betul atau salah..yang pasti tidak sempat saya nak menoleh ke kiri mahupun ke kanan. Sempat menjeling jam besar di hadapan sahaja sebab tiada jam di tangan..Apapun, seperti setiap sem sebelum ini, apabila tiba sahaja subjek major(matematik) yang melibatkan pengiraan yang cukup rumit, tempat exam pasti di Taman Universiti, tak pun di tempat-tempat yang mempunyai meja yang muat letak sebuah buku bersaiz sederhana. So, tadi banyakla adegan ‘terjun’ sang pembaris, kejap-kejap pemadam..Mujurlah kalkulator tak ikut terjun sama..Bertambahla sedikit keserabutan nak manage kedudukan kertas soalan, kertas jawapan, kalkulator dan alatulis di atas meja. Maka akhirnya, ribaan saya menjadi meja kedua..hehe

Setelah selesai peperiksaan tadi, terus saya bermesej dengan Ma..Memaklumkan telah tamat peperiksaan terakhir saya di UPSI..Ma membalas kembali mesej saya dengan beberapa pesanan dan satu kata-kata yang membuatkan saya termenitis air mata..

“Ucapan sekalung tahniah di atas kejayaan, kesabaran dan istiqamah mengharungi lautan ilmu di UPSI. Ma Ayah cukup-cukup berbangga..”

Terharu seketika..Terasa ingin terbang pulang ke kampung..Namun, berderet-deret tugasan lain lagi datang..2 3 hari lepas ma ada mesej, kesian ayah kepenatan..Membina rumah sendirian untuk anak-anak..Disebabkan tidak ada adik beradik lelaki di rumah yang boleh menolong ayah, ayah angkat batu, angkut pasir, buat simen, semuanya sendiri..Bayangkan rutin kerjanya sebagai pensyarah, bertolak dari rumah sebelum jam 7 pagi dan balik semula hampir jam 6 petang. Dan terus tukar uniform nya untuk masuk ke ‘pejabat’ keduanya..Malam, ayah sudah kepenatan..Selalu juga mengadu sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan..Kalau dulu, saya selalu jadi tukang urut ayah, tapi sekarang, dahla jarang-jarang balik rumah, kalau tolong urut pun, ayah mesti kata, “Tangan syadah dop gagoh mace dulu doh..” huhu..tangan dah tak kuat sebab dah lama tak praktis silat. Kalau dulu, saya seorang pesilat. Jadi tangan saya kuatla juga.. Tapi sekarang, dah lama tinggal, bersukan pun teramatlah jarang..Maka, ayah pun merasai semakin lemahnya tangan saya..

Sebenarnya, saja je nak buat excercise tangan..Lama meninggalkan punat-punat laptop ni..Ada yang bagi petua, kalau nak hebat menulis, kena menulis dan terus menulis..Betul ke?? Belum cuba belum tahu..Hehe

Sebelum berundur, bagi yang masih lagi bertungkus lumus stadi, SELAMAT STUDY..Mana-mana yang dah habis exam dan dah bersiap sedia nak berangkat pulang, SELAMAT BERCUTI..Panjang umur, boleh bertemu lagi..InsyaALLAH..

“Kita sering mahukan hari yang CERAH..tetapi ALLAH lebih mengetahui, hakikatnya HUJAN perlu diturunkan..
Kita sering inginkan KESERONOKAN..jauh sekali KESUSAHAN..tetapi ALLAH lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN..
Kita sering menginginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA dan KEJAHATAN..tetapi manusia tidak dapat lari dari KESILAPAN..
Semua itu bukan suatu HUKUMAN teteapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH agar kita lebih BERIMAN..”

Tuesday, November 4, 2008

Setiap kali..

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Tekadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada Mu Allah
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan
Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarmu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan

Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta dan keredhaanMu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pilih hidupku..

*Sebuah nasyid yang saya tidak tahu kumpulan mana yang menyanyikannya..Thanks to my beloved friend that give this song to me.. (^_^)

Muslim Kids must learn how to PRAY..

Ma Pernah bertanya dengan garangnya kepada saya sewaktu saya berumur 7 tahun,
“Syadah maye Subuh dop tadi?!” Kecut perut saya mendegar jerkahan Ma.. Ketika itu saya sudah lengkap berpakaian sekolah. Abang saya hanya memerhati. Sama-sama takut. Saya tidak menjawab pertanyaan ma kerana tau saya adalah pesalah yang bakal dihukum sebentar lagi. Ma menarik baju sekolah saya dan menyuruh saya solat.

“Kecit-kecit panda nipu maye doh!Kain maye ado dale beg ma, maye paka gapo tadi?! (Kecil-kecil sudah pandai menipu sembahyang. Kain sembahyang ada dalam beg Ma. Sembahyang pakai apa tadi.)” marah Ma lagi..

Baju sekolah saya sedikit terkoyak kerana sewaktu ma tarik saya, baju tersangkut di pagar tangga rumah saya. Kecoh sebentar pagi itu. Sambil sembahyang Subuh, saya menangis teresak-esak.. dan sebagai pengajarannya selepas itu, Ma tak nak baiki baju sekolah saya yang koyak. Kerana katanya, biar saya sedar akan kepentingan solat itu sendiri. Dan sejak hari itu, saya cukup takut untuk tinggalkan solat walaupun saya baru berusia 7 tahun.

Itulah kali pertama dan kali terakhir Ma marahkan saya kerana tinggalkan solat. Sebenarnya pagi itu saya bangun lambat untuk ke sekolah. Kerana bimbang ayah tinggalkan saya, saya memilih untuk tinggalkan solat Subuh. Saya lupa yang pakaian sembahyang saya ada dalam beg pakaian Ma kerana pada malam itu kami baru sahaja pulang dari kampung. Di dalam kereta ayah merasionalkan kembali dan menegur saya agar tidak meninggalkan solat lagi.

Peristiwa ini masih segar dalam ingatan saya sehingga sekarang. Betapa pentingnya solat itu dan perlu diajar sejak dari kecil lagi. Satu sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“ Ajarlah anakmu mengerjakan sembahyang ketika ia berusia tujuh tahun, pukullah jika ia meninggalkannya semasa berusia sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka dari tidur bersamamu.” (Riwayat Tirmizi)


Sembahyang itu perkara pertama yang akan dihisab oleh ALLAH di akhirat kelak. Pemahaman masyarakat hari ini yang perlu dibetulkan, apabila mementingkan kewajipan berpuasa sebulan di bulan Ramadhan berbanding bersolat lima waktu. Bagaimana anak-anak dididik dan umpama dipaksa berpuasa seawal usia 6-7 tahun, dan dalam waktu yang sama ibu bapa membiarkan sahaja anak-anak mereka yang berpuasa itu meninggalkan solat. Dengan alasan ‘mereka penat tu. Tak apala..’.

Untuk menjamin anak-anak agar lekat dan tidak culas dalam melaksanakan tuntutan solat ini perlu ada semaian dan penekanan sejak mereka kecil. (Syukur Ya ALLAH kerana meletakkan aku dalam didikan Ma dan Ayah). Ma dan ayah saya mengajar saya tentang solat seawal umur 4 tahun dan mereka tidak pernah menyuruh saya berpuasa sehingga umur 7 tahun. Katanya, “Kalu syadah larat, puasala..” Apapun, solat 5 waktu cukup dititik beratkan. Betapa marahnya Ma kepada saya apabila saya meninggalkan solat sekalipun umur saya baru 7 tahun.

Apabila Rasulullah menyuruh memukul anak-anak diusia 10 tahun jika meninggalkannya, maka proses pembelajaran mereka tentang solat haruslah bermula sebelum itu lagi. Mengajar mereka tentang rukun-rukun solat, bacaan dalam solat, perkara yang membatalkan solat dan banyak lagi. Andai diusia 10 tahun ibu bapa baru sibuk nak ajar dan mengarahkan anak mereka untuk solat, saya boleh katakan sudah agak lewat. Anak-anak kecil ini ibarat kain putih. Mereka akan ikut apa yang dicorakkan oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Jika sewaktu usia mereka dalam proses pembelajaran itu tidak dicorakkan bab solat, maka sukarlah untuk memberi penekanan apabila mereka sudah dewasa.

Masyarakat kita hari ini suka menghalang anak-anak menggangu mereka solat. Padahal dalam proses itu, mereka sedang belajar dan memerhatikan orang dewasa untuk bersolat. Anak saudara saya, belum cukup umur 1 tahun, apabila melihat kami selesai solat dan berzikir, mulutnya turut sama mengikut rentak zikir dan berserta pergerakan badan sekali. Pantang dengar orang membaca al-Quran dan berzikir, laju sahaja dia mengikutnya walaupun tidak jelas apa yang diperkatakannya. Tidak mustahil, kanak-kanak sebesar itu, apabila sentiasa memerhati ibu bapa solat, mereka akan senang mengikutnya melainkan ibu bapa sendiri culas dan malas menunaikan solat.

Firman Allah SWT:
“Orang-orang yang jika Kami berikan kedudukan di atas muka bumi, mereka mendirikan sembahyang.”

Rasulullah pernah ditanya tentang sebaik-baik amal. Baginda bersabda:
Sembahyang pada awal waktunya.”
Baginda ditanya lagi: “Kemudian apa?”
“Berbuat baik kepada ibu bapa.”
“Kemudian apa lagi?”
“Berjihad pada jalan Allah.”..(
Riwayat Bukhari)

Jadi apapun, solat 5 waktu juga didahulukan. Tak guna mengejar puasa sunat, solat hajat dan amalan-amalan sunat yang lain andai solat 5 waktu ini diabaikan. Didiklah anak-anak kita sejak dari kecil lagi mengenal ALLAh dan ajarlah mereka solat. Dengan solat inilah mampu membentuk peribadi muslim yang unggul jika solat itu benar-benar dihayati..InsyaALLAH..

*saya ingin mendidik anak-anak saya seperti Ma dan Ayah mendidik saya..Mudahan dapatlah saya waqafkan mereka di jalan ALLAH SWT..InsyaALLAH..


Monday, November 3, 2008

Something we can share..


Gambar tu ialah hasil seni my brother, Syazwan a.k.a Abe yang memberikannya kepada saya..Sekadar kata-kata semangat buat seorang adik, mudahan diri ini tidak lemah dan tidak berhenti mengharap kepada ALLAH dalam senang dan susah..Dan kertas tu sentiasa terlekat di dinding / board stadi saya..



"Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah cuba sedayamu..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira air matamu..

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu, Allah setia di sisimu..

Bila kau telah mencuba segala tetapi tanpa tujuan, Allah ada jalan penyelesaian.

Bila tiada bererti buatmu keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya..

INGATLAH !!ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA."

Wednesday, October 29, 2008

AL-FATIHAH..

Hadiahkan AL FATIHAH buat MAK UST ANHAR BIN OPIR yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi..Semoga ALLAH menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman..Semoga yang hidup ini sentiasa mengambil pengajaran..Innalillahi wainna ilaihi raji'un..

"Pemimpin Kami, Pilihan Kami"

Kabinet baru MPP dibentuk dengan cukup tidak profesional apabila mengenepikan suara mahasiswa.. Saudara Akmal Madzir yang memenangi undi terbanyak, mendapat kepercayaan daripada suara majoriti pelajar dinafikan hak untuk menduduki kerusi MT.. Saudara Akmal hanya diberikan kerusi Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah sedangkan yang dilantik menjadi YDP adalah ahli MPP yang menang tanpa bertanding.. Lagi 2 orang calon umum yang memenangi kerusi umum Saudari Nur Aqilah Hanis dan Saudara Arif juga tidak dibenarkan berada di tampuk pemerintahan teratas. Mereka hanya diberikan Exco Akademik dan Kerjaya sedangkan lagi 2 orang calon dari Pro KUALITI yang memenangi kerusi umum dengan senangnya diletakkan sebagai MT MPP..Secara terangan, betapa tidak berhikmah dan tidak profesional nya golongan ini bekerja. Mungkin ada kepentingan peribadi yang ingin dijaga memandangkan penyelewengan RM 36000 oleh MPP lepas terus menjadi misteri. Ingin dikambus kesilapan lalu, mereka mengambil tindakan untuk mengenepikan suara mahasiswa. Apa guna meletakkan dua kategori dalam pilihanraya kampus ini iaitu calon umum dan fakulti kalau sistem pemilihan MT ini dikaburi oleh mereka yang ingin menjaga kepentingan mereka??

Riben MERAH= Protes

Riben KUNING= Kedaulatan Undang-undang


Ayuh mahasiswa!! Tunjukkan PROTES anda terhadap pemilihan ini..Sampai bila pilihan kita, suara kita terus menjadi bahan mainan dan tidak mahu didengari oleh mereka? Kita mahasiswa harus bersuara dan bangkit menentang sistem yang pincang ini!!

Tuesday, October 28, 2008

Sakit itu adalah tarbiyah..


Allah berfirman kepada Malaikat: “Pergilah kamu kepada hambaKu, timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya kerana AKU ingin mendengar suaranya (doa).”

Alhamdulillah, Allah masih lagi kurniakan nikmat kesihatan itu kepada saya hari ini walau masih lagi berbekas rasa sakit semalam..Sakit yang ALLAH kurniakan ini mengingatkan saya akan diri saya yang semakin lalai dan lupakanNya. Betapa ALLAH merindukan rintihan saya yang mungkin sudah tidak selunak suatu ketika dulu.. dan ALLAH ujikan saya dengan kesakitan sehingga saya hanya mampu menyebut ‘ALLAH’. Tidak tertahan rasanya..Bagaimanalah rasa sakit menghadapi sakaratul maut..ALLAHUAKBAR! DariNya sakit itu datang dan padaNya jugalah kuasa penyembuh..

Mudahan saya tidak termasuk dalam golongan orang yang hanya mengingati ALLAH ketika susah sahaja sedang dalam kesenangan terus lalai dan melupakanNya..Ya ALLAH, betapa besarnya kasih sayang Mu kepada hamba..Dalam kelalaian diingatkan supaya kembali kepadaNya..ALLAHUAKBAR! Nikmat ALLAH yang mana boleh manusia dustakan?? Semoga saya dan kalian termasuk dalam golongan orang yang bersyukur…

Monday, October 27, 2008

SELAMAT HARI LAHIR MA SAYANG..



Hari ini, 28 Oktober 2008, merupakan hari lahir orang yang cukup bermakna dalam hidup saya..Ma @ Pn Napisah bt Ismail, menyambut ulangtahunnya yang ke 48..Semoga ALLAH beri kesihatan dan kekuatan buat ma untuk terus beribadah dan bergerak kerja dalam perjuangan menegakkan agama ALLAH.. Semoga ALLAH meletakkan ma sebaris dengan pejuang-pejuang Islam dan dimuliakan ALLAH di sisiNYA..Ya ALLAH panjangkan umur ma untuk aku terus berbakti kepadanya..

Sempat saya menelefon ma sebentar tadi, tapi ma dah tidur..Dalam keadaan mengantuk, melayan juga ma dengan panggilan saya..Walaupun saya mengucapkan selamat hari lahir padanya, tapi apa yang ditanya olehnya adalah, ”Syadah sihat? Ok dah perut? Jangan biar perut kosong, masuk angin..sakit kekgih..” dan paling tak best nya bila ma tanya ”Syadah tak dok duit ko? Bakpo dok make?” Huhu..tidak berniat diri ini untuk menyusahkan sesiapa..Maafkan anakmu ini, ma..isk isk..

Ma sangat bermakna dalam hidup saya. Saya tidak boleh bayangkan apabila wujudnya anak-anak derhaka kepada ibunya kerana kasih seorang ibu tak boleh dibandingkan dengan kasih seorang anak yang tak seberapa..Terima kasih ALLAH yang meletakkan saya di bawah didikan dan perhatian ma yang mengajar saya mengenal ALLAH sejak kecil agar AGAMA yang membentengi hidup saya sehingga saya dewasa ini. Banyak pesanan ma yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga saya, mudahan pesanan ini membentengi diri saya dari melakukan perkara yang dia tidak redha selama saya berada jauh darinya..

”Syadah, nanti nak didik anak-anak dengan AGAMA, bukan DUNIA..” dan saya mengangguk dan berdoa semoga pasangan saya juga adalah orang yang mengutamakan AKHIRAT dari DUNIA..

”Syadah, kalu sapa, mesejla ma..” pesan ma setiap kali saya mahu pulang ke tempat pengajian saya..dan saya tidak pernah lupa untuk melaporkan setiap pergerakan saya kepada ma..

”Syadah cakap jange gare2 sangat, nati ore dok suko,” peringat ma bila tengok saya jarang senyum pada orang..Maka saya belajar untuk berkomunikasi dengan baik dengan semua orang.

”Gi mano-mano jange jale sore, ajokla teme..” dan pesanan ini banyak saya belakangkan..huhu

”Duk jauh nga ma ni, jagola diri molek, jago kesihate..” bagitau ma pada saya dan saya juga banyak sedihkan hati dia bila dia tahu saya jatuh sakit..huhu

”Nok gi mano-mano, paka baju comey,kemah..Jange ore napok kito selekeh..” perihatin ma terhadap penampilan saya.

Dan satu ayat yang cukup membuatkan saya rasa cuba sedaya upaya untuk menjaga hatinya ialah

”Anok-anok wat saloh nga ma pun, dok mitok maah pun ma maah kan..mok mano la hok tok sey redho nga anok-anok dio..Maroh-maroh sokmo pun, buke kito benci tapi saye sangat..”

Besarnya pengorbanan seorang ibu..banyak lagi pesanan ma buat saya, perantau yang jarang pulang ke rumah..Pesanan-pesanan yang sentiasa membawa saya kepada kehidupan yang baik..Semoga saya adalah anaknya yang sentiasa menggembirakan hatinya..Demi ALLAH, saya sangat sayangkan ma..

Saturday, October 25, 2008

MAAFKAN AKU

'Maafkan Aku' sebenarnya sebuah novel karangan Zaharah Muhammad..Saja ingin berkongsi beberapa monolog diri salah seorang watak utama dalam novel ini yang bagi saya cukup menyentuh hati. Novel ini lebih bersifat ketuhanan..Sebenarnya dah lama sangat baca novel ni..beberapa tahun lepas. Tapi tadi terjumpa sehelai kertas yang saya salin beberapa ayat-ayat best dalam novel ni..Terasa ingin berkongsi di sini..

"Ya Rabb, demi kelembutan cintaMu, aku mohon untuk sujud hanya di bawah limpahan rahmat dan ampunan kasihMu. Tidak aku melihat akan sia-sia Engkau ciptakan jasadku ini. Pun bukan hanya untuk bergembira. Ya Allah, meskipun kerap kali aku rasakan akan betapa tidak layaknya diri ini untuk memijak walau sebutir pasir di bumi Mu, apalagi untuk meneguk dinginnya air pada kala tekakku kehausan, namun berilah aku kekuatan dan keampunanMu untuk ku kembali berdiri menyuci diri dan hati, untuk kembali mentaati dan melaksanakan amanahMu yang terpikul di bahuku. Maafkanlah kealpaan dan kelalaianku pada waktu dahulu. Terimalah daku untuk kembali kepadaMu.."

"Kalau tiap saat kau ingatkan ALLAH dan setiap saat itu juga aku ingatkan ALLAH, bermakna waktu itu kita telah menjadi satu kerana mencintaiNya yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu.."

"Lalu dalam nafas yang semakin perlahan, dalam arah yang semakin kabur, dari langkah yang semakin jauh, aku memohon lagi kehadratMu..berilah aku hati yang baru kiranya hatiku yang Engkau kurniakan semalam telah musnah menjadi hitam, telah hancur bersama dosa semalam..Kerana aku mahu pulang. Aku mahu kembali untuk bertemu denganMu, dengan cinta yang utuh, dalam rindu yang tertangguh, dalam pertemuan yang mulia untuk meraih kasihMu.."

Kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha? Sedangkan ia tetap pergi jua..

Um..ni baru sedikit yang ana salin..untuk menikmati keindahan kisah dan pengolahannya, bolehlah membaca sendiri novel ni (^_^)

Friday, October 24, 2008

Disebalik Kupasan NOVEL IMAM


Alhamdulillah, saya berpeluang dan dipilih oleh ALLAH untuk duduk dalam sebuah majlis ilmu, wacana buku, di mana wacana ini menampilkan dua orang ahli panel yang mengupas sebuah novel yang bertajuk IMAM hasil karya sasterawan Negara, Abdullah Hussain..Secara peribadinya, saya bukanlah orang yang berminat untuk membaca novel kerana novel penuh dengan tulisan dan agak memeningkan. Tapi, semangat saya untuk ke wacana buku ini adalah kerana ahli panelnya, UST ANHAR OPIR..(hehe)..

Seperti biasa, kupasan ust Anhar cukup menarik. Walaupun saya tidak membaca novel ini, kupasannya dari sudut agama, banyak memberi pengajaran. Ust Anhar memang tidak pernah mengecewakan para pendengarnya..

Sekadar perkongsian apa yang saya dapat hari itu, novel IMAM mengisahkan kehidupan seorang Imam iaitu Imam Mihad yang cuba membuang adat yang terlalu mencengkam masyarakat di kampungnya. Pembaharuan yang cuba dibuat olehnya untuk mengembalikan masyarakat kampung kepada ajaran Islam yang sebenar mendapat banyak tentangan. Novel ini sebenarnya merupakan satu bentuk teguran yang cukup baik untuk semua lapisan masyarakat melayu yang terlalu berpegang kepada adat sehingga menampakkan Islam yang cukup mudah itu menjadi susah. Maka dengan terikatnya masyarakat dengan adat, terbentuklah bangsa yang kurang kreatif dan lemah. Kupasan ust Anhar lebih berkisar kepada bidangnya iaitu syariah, pengajian Islam..

Apa yang menariknya wacana ini adalah apabila ia menampilkan dua orang ahli panel yang berlainan bidang. Maka kupasan kepada novel ini menjadi luas dan berkembang mengikut bidang masing-masing. Seorang ahli panel ialah pensyarah bidang sejarah iaitu En Kamal Kamarudin. Kupasan beliau juga menarik dengan mengaitkan beberapa fakta sejarah yang banyak boleh diambil pengajaran.

Jadi, saya boleh simpulkan dalam kejadian dan pemilihan saya oleh ALLAh hari ini untuk hadir ke majlis ini ialah, Daie mempunyai pelbagai cara dalam method penyampaiannya. Kita mempunyai banyak pendekatan. Mengikut kekuatan kita. Jika kita hebat dalam berkata-kata, maka sampaikanlah ia dalam bentuk ucapan, kuliah dan tazkirah. Jika kita hebat dalam penulisan, sampaikan dakwah melalui arena penulisan. Jika kita hebat dalam bidang perniagaan, masih luas cabang dakwah di bidang perniagaan. Jadi Islam itu luas..Semuanya boleh.. Tidak ada alasan bagi kita untuk mengatakan aku tidak mampu untuk menyampaikan..Ayuh!!Meriahkan hidup kita dengan amalan dan dakwah. Semoga terus dipilih oleh ALLAh untuk berada di jalan kebaikan..
p/s : saya sarankan semua untuk baca buku ni..

Thursday, October 23, 2008

Jadual Exam ku..

This is my last exam in UPSI..huhu..

4 November 2008 (2.30ptg) : Sains Alam Sekitar
7 November 2008 (9.00pg) : Kaedah Mengajar Kimia
10 November 2008 (9.00pg) : Pengajaran Matematik Sekolah Menengah
12 November 2008 (9.00pg) : Pembolehubah Kompleks

Maka, 12hb itu tamatlah exam saya di UPSI..Terasa cepatnya masa berlalu..Berapa banyakkah sumbangan yang telah saya curahkan di bumi permata ini? Adakah masih berpeluang bertemu sahabat-sahabat seperti berada di sini? Adakah masih ada ruang untuk sama-sama saling mengingatkan satu sama lain?

"Ya ALLAH tetapkanlah aku di jalanMu walau sekecil mana pun sumbangan aku untuk perjuangan ini. Teguhkanlah iman dan pendirian aku selama aku berada di medan tarbiyah yang lagi luas, besar dan mencabar apabila keluar nanti.."

Untuk kawan-kawan, bittaufiq wannajah fil imtihan.. Semoga semua berjaya di dalam ujian dunia ni.. (^_^)/ caiyok!caiyok!

Hikmah disebalik kemenangan

"Barangsiapa yang menolong agama ALLAH, ALLAH akan menolongnya dan akan meneguhkannya." (Surah Muhammad:7)
Dalam kesibukan semua orang memperkatakan akan sebuah kemenangan, tidak semua yang tahu bagaimana sukarnya untuk mengisi sebuah kemenangan..Betapa beratnya memikul sebuah taklifan..Harapnya kita tidak menang sorak, menang laungan tapi banyak tanggungjawab lain yang terbengkalai..
Besarnya harapan mahasiswa UPSI pada yang menang dalam PRK kali ini..Mereka inginkan perubahan dan pembaharuan. Besar juga ruang dakwah yang ALLAH bagi kepada mereka yang menang.. Besar lagi tanggungjawab yang perlu dipikul bukan setakat membawa suara mahasiswa, memimpin malah perlu memasukkan unsur-unsur dakwah..Namun begitu, lagi besar ruang keampuanan dan ruang untuk yang menang ini mendekatkan diri kepada ALLAH.. Inilah peluang yang saya kira cukup besar. Seorang pemimpin, kadang-kadang tidak tahu adakah betul tindakan mereka, adakah betul keputusan mereka, mencari kekuatan di saat semua orang lemah, betapa besarnya ruang tarbiyah di situ untuk mendekatkan diri kepada ALLAH..sebab manusia tidak mampu buat semua kerja tanpa bantuan dan petunjuk dari ALLAh..Sayangnya ALLAH kepada mereka yang menang kali ini kerana sudah pasti ALLAh mahu mendengar suara lunak mereka mengadu dan memohon pertolongan dan petunjuk..Besar juga ganjaran dari ALLAH andai amanah yang diberikan ini mampu dilaksanakan dengan baik..
Jadi sahabat-sahabat, yang menang atau yang kalah, yang tidak bertanding mahupun yang merangka strategi kerja, jangan lupa, inilah tarbiyah dari ALLAH untuk semua..Ayuh!Bangkit membantu mereka dari segenap sudut yang kita mampu..jangan ungkapkan, "saya akan sentiasa di belakang anda." sebab sepatutnya seorang sahabat itu perlu berada di setiap sudut mereka yang berada di MPP, depan belakang kiri kanan..Kalau mampu ke atas, naik ke atas..kurangkan berada di bawah..Teringat kisah Saidina Abu Bakar ketika peristiwa hijrah di mana beliau tidak senang duduk. Kejap-kejap ke kiri Rasulullah, kejap-kejap ada di hadapan Rasulullah. sehingga diceritakan bahawa Rasulullah bagaikan melihat Abu Bakar di mana-mana.. Indahnya kasih sayang seorang sahabat kepada baginda. Risaunya Abu Bakar akan keselamatan baginda sehingga apabila beliau berada di sebelah kanan, terasa musuh berada di depan..Apabila beliau ke depan, terasa musuh di belakang.. Begitulah seterusnya..
Jadi sahabat-sahabat, usahalah untuk membantu sahabat-sahabat di medan tarbiyah MPP. Janji ALLAH dalam surah Muhammad di atas, ALLAH akan tolong mereka yang menolong agama ALLAH..Jadi, yakinlah..Di situ ada pertolongan dari ALLAH..

Wednesday, October 22, 2008

KEPUTUSAN PRK UPSI

Kerusi Umum
1.Akmal bin Madzir (4124)
2.Nor ‘Ain Bt A. Razak (4011)
3.Arif bin Mohamad (3757)
4.Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (3729)
5.Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff (3532)

Kerusi Fakulti Perniagaan & Ekonomi
1.Syaiffuldin Bin Mohamad (315)
2.Nurul Illyana Binti Mohamad (244)

Kerusi Fakulti Sains & Teknologi
1.Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman (1389)
2.Norhafizawati Bt Mahmad Rozali (1055)

Kerusi Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia
1.Mohd Fitri Bin Amil (544)
2.Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor (483)

Kerusi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
1.Muhammad Asree Bin Abdul Aziz (1276)
2.Adriyani Binti Yamin (906)

Kerusi Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi
1.Mohd Razik bin Khalid (164)
2.Muzaitul Akmar Binti Mohammad (159)

PANAS di malam terakhir kempen..

21 Oktober 2008
PANAS!PANAS! Walaupun cuaca pada hari ini cukup sejuk kerana hujan tidak berhenti-henti namun keadaan pada mala mini cukup hanagt. Saya sendiri kebasahan sewaktu bekejar ke Kolej Harun Aminurrashid untuk bersama-sama dalam rapat umum.. Tidak disangka, dalam keadaan hujan yang turun tidak berhenti, kawasan café dipenuhi oleh pelajar.. Maklumlah, malam ini merupakan malam terakhir calon-calon berkempen..Maka suasana yang sejuk menjadi sangat panas dengan pelbagai jenis laungan..Saya sempat merakam beberapa aksi yang saya suka untuk berkongsi dengan semua..

Suasana malam ini cukup gamat umpama tidak menhiraukan kewujudan TNC HEP yang melihat gelagat masing-masing.. Secara terangan, dilihat ada 2 pihak yang bertanding. Saya tidak mahu melabel, tapi semua orang boleh menilainya.. Apapun, saya suka pada laungan REVOLUSI dan KEBAJIKAN..cukup bersemangat.. Umpama tenggelam laungan KUALITI yang satu pihak itu perjuangkan..

Tampil seorang calon umum muslimat membuat pendedahan berkaitan fitnah yang ditaburkan kepada seorang sahabat yang dituduh menggelapkan wang JMK.. Maka, bertambah panaslah golongan KUALITI..Dan sebagai membalas balik, tampil bekas YDP MPP untuk memberi kenyataan,balas seumpama terdesak dan tersedak namun tidak diberi peluang oleh moderator..

Setelah tamat rapat umum dan telah pun ditutup majlis, dalam keadaan pelajar berpusu-pusu untuk pulang ke bilik masing-masing, hamper-hampir berlaku pula adegan bertumbuk..So, maka bertambah hangatlah suasana yang panas..Alhamdulillah, ada yang meleraikan. Sempat juga saya merakam adegan yang tak berapa sihat ini, tapi tak sepenuhnya..

Apapun, ada satu perkara yang cukup menyedihkan saya. Kenyataan saudara mantan YDP MPP yang meletakkan kami sebagai golongan pembangkang, menuduh kami menghantar berita fitnah kepada HARAKAH dan lagi menyedihkan apabila mengatakan kami adalah KAFIR!! Sungguh, ini adalah kenyataan yang tidak patut keluar dari seorang yang beragama ISLAM kerana salah satu perkara yang membatalkan syahadah adalah apabila orang itu mengkafirkan saudaranya yang jelas akan akidah Islam nya. Jadi secara tulusnya saya mohon, MANTAN YDP MPP UPSI kembali memperbaharui syahadah nya.. Semoga ada ruang keampunan dari ALLAH untuk saya dan anda..

Ingin saya jelaskan di sini, kufur terbahagi kepada dua iaitu kufur besar dan kufur kecil. Kufur nikmat termasuk di dalam kufur kecil yang tidak menyebabkan pelakunya keluar dari agama ISLAM dan ia adalah kufur amali (perbuatan). Kufur amali ialah dosa-dosa yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai dosa-dosa kufur, tetapi tidak mencapai darjat ke tahap kufur besar. Jadi, kenyataan mantan YDP MPP itu adalah kenyataan orang yang masih lagi kurang jelas dengan agama. Ingin saya ingatkan, jangan kamu bercakap sesuatu yang kamu sendiri tidak jelas akannya kerana ia akan membawa kesan yang sangat besar bukan setakat kepada maruah diri sendiri malah bakal mengundang kemurkaan ALLAH SWT..

Saya juga ingin tekankan, apa yang telah MPP usahakan untuk kebajikan mahasiswa sebelum ini tidak perlu diucapkan kata syukur kepada mereka malah sujud dan bersyukurlah kepada ALLAH kerana setiap rezeki dan kemudahan yang diberikan adalah segalanya dari ALLAH dan manusia hanyalah sekadar perantara. Maka tidak patutlah mantan YDP MPP melabel sesetengah golongan itu KUFUR NIKMAT hanya kerana tidak menyokong mereka. Siapa kah kamu? Adakah anda semua bekas-bekas MPP adalah TUHAN YANG DISEMBAH?? Fikirkanlah, jangan sampai setiap kata-kata anda mampu membawa kemurkaan ALLAH SWT.. Bekerjalah bukan untuk orang berterima kasih pada anda, tapi bekerjalah KERANA ALLAH..KERANA DIA ADALAH SEGALANYA..

Friday, October 17, 2008

Tarbiyah PRK..


"Wahai Muhammad,kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) diantara kamu nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti" (Al-Anfal: 65)



Pesan Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqas, "Kita menang kerana mereka melakukan kemaksiatan kepada ALLAH. Andai kita melakukan kemaksiatan kepadaNya, maka tiada kekuatan kita untuk melawan kehebatan musuh.."



Maka, buat diriku dan insan-insan yang sedang berjuang di medan tarbiyah PRK, mudahan diri masing-masing tidak lalai dengan dunia dan elakkan diri dari melakukan kemaksiatan..Mereka ada HEP, kita hanya ada tenaga yang sedikit untuk melawan, mereka cukup kewangan, kita kekeringan sumbangan..Mereka punya kuasa yang besar, tapi kita hanyalah rakyat yang berstatus pelajar..andai kita melupakan ALLAH, maka pada siapa lagi kita sandarkan pergantungan kita..Semoga kemenangan milik ISLAM..InnALLAHa Ma'ana..

"Nantikan Kemenangan janjiNya..Jika bukan disini, ingatlah sabda Nabi SAW, kemenangan sebenar adalah akhirat. PRK ladang tarbiyah. Disini tepat menuai, hasilnya taqwa+redha ILAHANA. Sifat berhajat kepada kemenangan itu, ia menjaga Hablumminallah wa hablumminannas..Mari jundullah, kita usahakan SOLAT AWAL WAKTU, DIRIKAN SOLAT JEMAAH kerana akan mewujudkan kebersamaan dan mengilangkan keAKUan. MENJAGA PERCAKAPAN agar tidak lagho,keji dan sakiti orang lain. JAGA PERGAULAN jauhi maksiat. SOLAT HAJAT,SELAWAT dan BACAAN QUNUT NAZILAH..Semoga kemenangan milik kita.."

Tuesday, October 14, 2008

Oh DIRI..

Oh, DIRI....

Aku tidak boleh sesekali down, kerana aku akan mempengaruhi semua orang..
Aku tidak boleh lemah, kerana ia boleh melingkupkan satu perjuangan,
Aku tidak boleh sakit-sakit, kerana aku harus bertenaga untuk meneruskan perjuangan,
Aku tidak boleh menangis, kerana aku bakal melemahkan banyak tenaga yang lain,
Aku tidak boleh bermuka masam, kerana aku perlu bergaul dengan semua orang,
Akademik aku tidak boleh lemah, kerana semua orang menilai aku,
Aku kena sentiasa tenang, agar orang lain tidak gelabah,
Kadang-kadang aku perlu tegas, tapi ramai yang memandang aku garang,
Kadang-kadang aku kena lembut, tapi ramai mengatakan aku tidak tegas pula,
Aku kena tingkatkan ilmu, kerana aku sering ditanya dan dirujuk,
Aku perlu tingkatkan pergantungan aku pada ALLAH, kerana aku tahu tiada siapa mahu memikul apa yang aku pikul sekarang....

Sungguh, aku lemah meniti kehidupan dengan taklifan yang cukup berat yang perlu dipikul..

Aku buang rasa lemah aku walaupun aku sangat tidak berdaya..
Aku buang kesedihan aku walaupun aku terasa sangat ingin mengalirkan air mata..
Aku buang rasa tertekan pada diri aku, walaupun ia sangat memberatkan kepala..
Aku buang rasa sakit aku, walaupun kadang-kadang aku tak mampu menahannya..

Inilah aku..
Aku kadang-kadang keletihan menjalani kehidupan ini, namun kadang-kadang aku begitu bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..

"Ya ALLAH, andai aku berlebihan dalam urusan dunia ku, maka KAU ampunilah aku..Ya ALLAH, Engkau Maha mengetahui apa yang aku rasa, maka luaskan rahmat dan kasih sayangMu pada ku agar hatiku penuh dengan namaMu..cukuplah Engkau bagiku..cukuplah Engkau bagiku..”

syauqah syuhada’

Friday, October 10, 2008

Sifir PRK

PRK..PRK..PRK..
Masih saya ingat seorang sahabat saya meminta kami buat sifir PRK..Biar dalam kepala masing-masing penuh dengan PRK..

1 X PRK = PRK
2 X PRK = PRK PRK
3 X PRK = PRK PRK PRK…

Berbelit lidah nak sebut..kalau sampai 10 kali? Penat duk bilang PRK saje..Apapun satu usaha yang bagus dalam mengingatkan semua orang akan kehadiran PRK yang akan muncul bila-bila masa lagi..Gendang dah nak dipalu, tak kan nak terus melesu..Kalau kemenangan yang diinginkan, mana boleh semua orang bergoyang kaki menantinya jatuh bergolek di depan mata..

Peluang ALLAH bagi depan mata, ruang juga ada..namun, tak ramai yang sedar dan mahu bangkit untuk memenangkan golongan yang sepatutnya menang..siapa golongan tu?? Tepuk dada tanya iman, tepuk kepala susah ati, tepuk pipi sedar diri!

Atau masih tidak tahu ape itu PRK? Penyu Rebus Kampung? Penghayatan Ramadhan Kampus? Pak Rahim Kentot?........Kalau masih tak tahu apa itu PRK, sila daftar keluar dari universiti sekarang juga..

”Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman ataupun Kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu..Ameen.”


Thursday, September 25, 2008


Tolong beritahu dia..


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang MahaKuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawarberduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorangsahabat,Yang hanya manusia biasa….Jangan diharapkan sempurna,Kerana kaujuga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…Tapi bersahabatlah kerana Allah..


Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya ,”Orangyang berjuang atau berjihad sebenar ialah orang yang berjuang melawanhawa nafsu dan menunduk dan mengendalikan sehingga taat kepada Allahsubhanahu wata’ala.”

Firman Allah S.W.TMaksudnya , “Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsumereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adapadanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka al-Qur’an yang menjadi sebutan baik danmendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka al-Qur’an yang demikiankeadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya.” Surah Al-Mu’minuunAyat 71

UPIN DAN IPIN


Sebut sahaja Upin Ipin, saya amat yakin dari kanak-kanak hingusan sehinggalah golongan dewasa mengenalinya..Siapa tak kenal si kembar yang begitu banyak karenahnya, banyak songehnya, banyak soalnya, sangat kelakar dan mempunyai gaya tersendiri.. Gaya yang sangat mencuit hati semua yang menontonnya..Mempunyai nilai dan penyampaian yang bagi saya cukup baik olahannya..Macam-macam gaya upin Ipin yang menjadi ikutan..sehingga saya lihat sahabat-sahabat saya sendiri pun dah mula menunjukkan gaya Upin Ipin yang diterjemahkan kepada gaya diri sendiri (sudah pasti tak secomey upin Ipin..hehe)..

Selesai diskusi ilmu pada satu malam itu dengan sahabat-sahabat tahun akhir, seorang sahabat saya menggayakan salah satu gaya dalam animasi ini.. “Selamat pagi cikgu.” Kami semua tergelak..Terbayang di benak fikiran masing-masing wajah upin ipin..Sebelum menunggang motosikal untuk merempit pulang ke kolej, saya berkata kepada sahabat saya, “Betapa banyaknya pengaruh yang boleh di bawa dalam sebuah animasi sehingga menjadi ikutan semua lapisan masyarakat.. Ceritanya pun bagus..Banyak pengajaran, dan menyentuh juga tentang kehidupan seorang Muslim Tapi sayang...” Sahabat saya dah mengangguk walaupun ayat saya belum habis lagi..Ini dinamakan sefikrah, dapat baca apa yang ingin saya sampaikan.. J “tapi sayang, disebalik tabir, orangnya tidak seperti apa yang disampaikannya..Alangkah bagusnya jika ada orang-orang yang berada dijalan dakwah ini, ada yang menceburi bidang ini, dan menyampaikan serta mengolahnya dengan lebih baik..bukan setakat menympaikan, tapi menonjolkan pada akhlaknya sendiri. Sudah pasti lebih berkesan penyampaiannya.” Sekadar melontarkan pandangan sendiri. Sahabat saya mengangguk setuju.

Masih saya ingat ketika rombongan disebalik tabir upin ipin datang ke kolej saya untuk satu slot sempena hari terbuka kolej, hati saya ada terdetik berkenaan penampilan mereka. Sedikit kecewa..tapi, cepat-cepat saya tukarkan kekecewaan itu dengan doa mudahan dengan bermulanya pembikinan animasi yang cukup banyak nilai dakwahnya ini, mampu mengubah diri mereka..sesungguhnya hidayah ini, kerja ALLAH bukan kerja manusia.

Pernah saya berangan-angan mampu membuat satu animasi yang boleh diselitkan dakwah memandangkan saya sangat meminati manga (komik) dan animasi dari jepun. Kalau dilihat animasi-animasi yang berunsur dakwah, mempunyai kelemahan yang jelas iaitu, KURANG MENARIK..masih saya ingat setiap kali progran Ihya’ Ramadhan, unit Mesti Tonton pasti sibuk mencari animasi yang baik untuk ditayangkan kepada warga kolej..Namun seringkali kekurangan sumber kisah-kisah mahupun animasi yang ingin ditayangkan. Kalau adapun, kurang menarik dan keras animasinya..Jadi, saya pun berfikir, alangkah bagusnya anugerah yang Allah kurniakan pada manusia yang sangat hebat dalam seni ini menyumbang ke arah jalan dakwah..

Seorang kartunis yang semakin kurang karyanya, tapi tak tenggelam namanya, Ujang, pernah menerbitkan majalah LANUN yang padat dengan unsur-unsur dakwah tapi tak bertahan lama kerana masalah Hak cipta dan beliau sendiri sudah bankrup dan menanggung hutang yang sangat banyak.. Masih ramai lagi sebenarnya kartunis yang berbakat mencurahkan idea dan bakatnya dalam bentuk komik untuk berdakwah, namun masih kurang dalam penglibatan animasi..Saya juga sangat mengagumi abang saya sendiri, Syazwan..Allah mengurniakan dia anugerah seni yang sangat hebat..hebat melukis kartun dan juga seorang photographer yang saya kagumi..timbul juga harapan dari saya agar dia mampu menterjemahkan kartunnya dalam bentuk dakwah dan menganimasikan nya..Namun, komitmen kerjanya sekarang membuatkan dia jarang melukis. Dan dia lebih bertumpu untuk mengambil gambar..apapun, nice picture..Gambar-gambarnya juga salah satu metod dakwah apabila ciptaan-ciptaan ALLAH dipaparkan dalam fotopages nya cukup untuk menjadikan kita mengucapkan pujian yang sangat tinggi kepada ALLAh dengan ciptaanNya yang indah...

Hidangan Agama ini sentiasa berlawan dengan hidangan hiburan..untuk memenangi hidangan agama ini, perlulah dicantikkannya, dihiaskannya, dikreatifkan cara menhidangnya..maka apabila ia menarik sudah pasti ramai yang berbondong-bondong ke arahnya.. Itulah dakwah yang perlu kita laksanakan.. cantikkan metodnya, pelbagaikan jangan sempitkan.. InsyaALLAH, sudah pasti ramai yang tertarik..Alangkah bagusnya ada dikalangan sahabat-sahabat yang mampu membuat animasi yang cukup menarik sebaris dengan animasi-animasi jepun sebagai salah satu metod dakwah........... (InsyaALLAH)

JAM LOCENG ATAU IMAN?

Hari itu, 17 Ramadhan 1429H.. Saya dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya berkira-kira mahu untuk melakukan solat sunat tasbih pada awal paginya. Kami merancang untuk bangkit jam 3.30 pagi..Memang untuk diri ini, terasa agak berat. Paling awal biasa bangun pun jam 4 pagi..Jadi, saya juga sama-sama dengan sahabat-sahabat menanamkan tekad, mahu bangun jam 3.30 pagi untuk qiyamullail dan menambah satu lagi solat sunat daripada yang biasa iaitu solat sunat tasbih. Solat sunat ini, kalau tak kuat, boleh sujud tak bangun-bangun..Kononnya panjang bacaan tasbihnya..

Oleh kerana sibuk dengan urusan dunia, maka kebanyakan kami bersiap-siap untuk tidur jam 2 pagi..Saya mula berkira-kira..sejam setengah je tidur? Hmm..apapun, saya menekan alarm clock pada handphone saya dan menetapkan penggera untuk mengejutkan saya jam 3.30 pagi..Sambil berdoa agar diri ini terus dipilih oleh ALLAH untuk berqiyamullail, saya mengalaskan kepala dengan beg pakaian dan tidur..

Baru sahaja rasa mata ini terlelap, saya dikejutkan dengan macam-macam bunyian..Bunyi apa? Apa lagi kalau bukan telefon bimbit sahabat-sahabat saya yang menetapkan waktu penggeranya jam 3.15 pagi (sebab handphone saya tak berbunyi lagi).. Disebabkan saya ini jenis yang sensitif dengan bunyi sewaktu tidur, cepatlah tersedarnya.. Macam-macam bunyi..Ada yang menetapkan nada bacaan ayat al-Quran, lagu Ruhul Jadid, dan ada juga yang berbunyi orang bercakap, “The time is 3.15 a.m..You must wake up now..” (lebih kurang macam tula bunyinya.)..dan yang paling menyakitkan telinga apabila ada sahabat saya meletakkan nada dalam volume tertinggi..Namun, tak ada seorangpun bangun berhentikan nada dering telefon masing-masing. Timbul rasa bengang dalam hati saya..Dan dalam keadaan malas, saya bangun dan menutup alarm clock pada telefon sahabat saya..Disebabkan penggera telefon saya tak berbunyi lagi, saya sambung tidur (teruk betul)..Namun, tak boleh nak tidur juga sebab, semakin bersahut-sahutan bunyi handphone dari sahabat yang lain. Dan hati saya mula terdetik, “Allah nak suruh aku bangun juga ni.” Saya pun ambil keputusan untuk bangun dari tempat tidur saya dan kelihatan bebarapa orang sahabat sudah tersedar..

Pagi itu membuatkan saya berfikir sejenak.. Semua orang tidur dengan menetapkan waktu penggera pada jam telefon bimbit masing-masing, namun begitu kenapa walaupun telefon berada di sebelah telinga sendiri pun masih tidak sedar dari tidur untuk bangun beramal? Dan kalau tersedar pun, ramai yang menutupkan nada penggeranya, dan menyambung kembali tidur yang terganggu (termasuk saya)..Hari itu saya membuat kesimpulan pada diri sendiri. Yang mengejutkan dan meringankan kita untuk bangun beramal, berqiyamullail adalah IMAN bukannya jam loceng.. Jam loceng hanyalah sekadar penyebab kecil yang sangat kecil pengaruhnya berbanding iman dan keinginan yang benar-benar kuat untuk bangun beribadah. Iman inilah yang menjadi pemangkin yang menjana kekuatan dalam diri umat manusia untuk memulakan kehidupan mereka dengan berqiyamullail. Rasulullah SAW tidak pernah ada jam loceng untuk mengejutkan diri baginda dari tidur untuk qiyamullail tetapi iman dan keyakinan baginda yang sangat tinggi kepada ALLAH menjadi penggera semulajadi kepada baginda untuk beribadah. Jadi, banyakkan berdoa agar badan ini terus ringan untuk beribadah kepada ALLAH (salah satu doa selepas bacaan ma’thurat).. Agar kita semua tak termasuk dalam golongan yang rugi yang merajakan rasa keinginan untuk tidur dan tidur.....InsyaALLAH..

Alhamdulillah, misi pagi ini tercapai walaupun selepas subuh, mata saya dah tak mampu dibuka untuk mendengar tazkirah..

Akhirnya...

Alhamdulillah..setelah sekian lama berangan dan berharap mempunyai blog sendiri, hari ini ALLAH bagi ruang dan peluang buat saya untuk mempunyai blog sendiri..Mohon, sahabat-sahabat yang melayari blog ini bolehlah menyampaikan komen mahupun dapat mengambil sedikit perkongsian dari buah fikiran, pandangan dan pemerhatian saya..insyaALLAH..mudahan medan ini menjadi medan dakwah yang terbaik untuk saya dan anda semua..