Sunday, July 15, 2012

Lama sungguh tidak mencoret di sini..anak pun dah masuk dua..so,sekarang kena warming up balik lah..i will continue to wwrite,insyaAllah.. :-)

Wednesday, September 7, 2011

Negara MERDEKA Malaysia..

Negara MERDEKA Malaysia
Pemimpin kita macam orang beragama
Jaga perpaduan sesama kita
Beri kebebesan bersuara kononnya
Bantah ISA kuasa polis digunanya
1 Malaysia, dengan slogan macam hebat gila
Kes Altantuya siapa tahu kebenarannya
Perak kelam kabut siapa punye angakara
Memang Melayu mudah lupa!

Negara MERDEKA Malaysia
Rakyat berjudi perkara biase
Pusat judi kita terbesar di Asia Tenggara
Jangan main..First class punye
Rakyat minum arak pun takpe
Buat hukuman sebat pun semua sibuk berbicara
Hukuman tu zalim katanye

Negara MERDEKA Malaysia
Undang-undang kite sendiri reka
Kite kaji ikut peredaran zaman semestinya
Hudud dan qisas tak payah guna
Kias ulamak hadis pun jangan diterima
Negara membangun tak payah itu semua
Betul tak pemimpin negara?

Negara MERDEKA Malaysia
Muslim dan non muslim sama sahaja
1 Malaysia, 1 agama juga
Tengok sekali payah nak beza
Orang pakai ketat kita nak juga
Orang nampak pusat pakat ikut belake
Bertudung labuh berjubah kolotlah mereka
Perempuan kite seksi tertonjol butir mata
Rilek, pemimpin kita tak larang punya
Pasal mereka pun sama.

Negara MERDEKA Malaysia
Remaja kite entah hanyut ke mana
Kes bunuh hari-hari dalam berita
Tetak sini tetak sana
Orang hilang tak jumpa-jumpa
Perompak, peragut, perogol, mat rempit makin berkuasa
Polis kita tahan orang demo saja
Ramai-ramai penuh lokap penjara.

Negara MERDEKA Malaysia
Sama-samalah sanjung artis kita
Yang melalak melolong entah apa mesejnya
Yang berlakon dah tak tau malu semuanya
Peluk sini sana tak kira siapa
Cinta cinta cinta
Cinta manusia hakiki gamoknye
Itulah pasal kempen beli CD yang ori punye!

Negara MERDEKA Malaysia
Setiap tahun kita sambut merdeka
Konsert kita meriah gile
Tak kiralah artis kita terbuka sini sana
Tak kiralah penonton bersorak bagai histeria
Tak kiralah yang bercium, pegang-pegang di mana-mana
Janji kite gembira!

Negara MERDEKA Malaysia
Kadang-kadang konfius juga
Apa yang merdeka sebenarnye??
Merdekakah kita??

Tepuk dada tanya iman, tepuk kepala susah ati, tepuk pipi sedar dirila...

Friday, August 5, 2011

Ramadhan Ini...

Setahun berlalu..dari Ramadhan lepas dan kembali ke Ramadhan tahun ini, Alhamadulillah, pujian syukur pada ALLAH, Tuhan sekalian alam yang telah memanjangkan umurku dalam dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM..

Setahun berlalu...dari Ramadhan lepas dan kembali ke Ramadhan tahun ini, blog ini baru disapa oleh tulisan tuannya yang sekian lama menyepi dari dunia penulisan...

Setahun berlalu...Ramadhan lepas yang kesunyian di kala datangnya waktu berbuka, dan Ramadhan ini mungkin sedikit seri menyapa dengan ditemani suami dan anak bersama..

Setahun berlalu..Ramadhan lepas yang hadirnya jasad dalam rahimku, dipelihara dan dilindungi ALLAH sekalipun diuji hampir gugur dari tempatnya, dan RAmadhan ini diuji lagi dengan jasad yang keluar dari rahimku terpaksa berada di hospital untuk rawatan susulan..

Ramadhan lalu dan Ramadhan ini, tidak lepas dari pentarbiyahan ALLAH yang mahu menjadikan diriku dan orang sekelilingku terus dekat dengan NYA..Semoga di akhir RAmadhan ini di anugerahkan ketaqwaan kepada NYa..

Monday, August 16, 2010

Sapaan Ramadhan Yang Menghiburkan Hati..


Alhamdulillah, di saat ini, di waktu ini tidak dapat digambarkan betapa tinggi kalam syukur kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam, Yang berkuasa menghidupkan dan mematikan, yang telah memanjangkan umur saya dan para pembaca sekalian sehingga bertemu Ramadhan kali ini..

Sapaan Ramadhan kali ini diharap dapat menghiburkan hati para hamba Allah yang menantikan saat-saat indah, pada tawaran yang menakjubkan, yang sangat menguntungkan kita semua, di mana semua pintu-pintu Neraka ditutup, yang hanya dibentangkan jalan-jalan ke Syurga. Maka beruntunglah mereka yang mengambil segala peluang yang ditawarkan selama sebulan ini. Semoga diri saya, ahli keluarga saya dan seluruh pembaca sekalian tidak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi.. Agar pengakhiran di madrasah Ramadhan ini, kita semua di anugerahkan Lailatulqadar dan dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya, InsyaALLAH..

Nasihat Ramadhan Orang-orang Soleh.

Sedikit perkongsian dari saya daripada pembacaan sebuah buku bagi saya menarik untuk dijadikan santapan bagi mereka yang ingin meningkatkan kualiti Ramadhan berbanding tahun-tahun lepas.

Berkata Ibnu Qayyim, “Orang yang berpuasa itu sebenarnya tidak melakukan sesuatupun. Dia hanya meninggalkan pekerjaan demi Rabbnya, iaitu meninggalkan segala perkara yang disukainya dan pelbagai kenikmatan dunia demi menggapai cinta dan reda ALLAH swt.”

Orang-orang soleh memelihara puasa mereka dengan memelihara 5 perkara iaitu:
1. Memelihara hati
Hati-hati orang soleh akan berpuasa selari dengan jasadnya yang menahan lapar dan minum. Mereka menjauhkan sifat-sifat yang merosakkan hati seperti hasad dengki, niat buruk, berburuk sangka, iri hati, permusuhan dan sebagainya yang berkaitan hati. Jadi, cek hati kita yang satu itu, adakah sama-sama berpuasa ataupun hanya jasad kita sahaja yang berpuasa.

2. Memelihara lidah
Orang soleh sentiasa memelihara lidah mereka dari berkata dengan perkataan yang sia-sia. Ibnu Abbas r.a pernah berkata kepada lidahnya, “ Wahai lidah, katakanlah perkara yang baik,nesacaya akan beruntung atau berdiamlah daripada perkataan yang buruk nescaya akan selamat.”. Generasi salafussoleh cukup berhati-hati dengan bicaranya agar tidak mengeluarkan prkataan yang sia-sia dan menghilangkan rasa keindahan puasa mereka. Ucapan Ibnu Mas’ud r.a, “Demi Allah, tidak ada suatupun di dunia ini yang harus dijaga secara ketat dan lebih lama daripada lidah.”

3. Memelihara mata
Mereka juga menahan mata daripada memandangkan perkara-perkara yang haram, dan menghalanginya daripada perbuatan keji. Mata mereka lebih suka menatap ayat-ayat cinta dari ALLAH dan mengulang hafalan al-Quran.

4. Memelihara telinga
Telinga mereka juga turut berpuasa daripada mendengar perkara-perkara yang haram. Kita sekarang banyak menyibukkan diri kita mendengar hal-hal orang lain sebagai mengisi kekosongan waktu makan kita. Maka itu menjadikan kita orang yang tidak membawa telinga sebagai sebahagian daripada puasa kita.

Adab-adab yang menghiasi orang-orang soleh ini menjadikan puasa mereka itu begitu indah. Mereka cukup menghargai puasa yang mereka lakukan. Sikap inilah yang membawa mereka kepada kenikmatan dalam berpuasa.

Ramai di kalangan kita hari ini, seperti sabda Rasulullah, “Ramai yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga.” Kerana puasa mereka hanya pada jasad bukan pada jiwa mereka. Mereka tidak menghayati dan menghargai tawaran hebat yang diberikan ALLAH ini.

Sama-samalah kita merebut peluang yang hanya datang setahun sekali sahaja ini. Rugilah kita andai ini Ramadhan terakhir kita, dan kita membiarkan ia berlalu tanpa mendapat pengampunan daripada ALLAH swt..

Tuesday, July 20, 2010

Bicara hati : Tadbir hati Menerima Takdir..

Bicara ust Pahrol Juoi dalam bingkisan ringkas “DI MANA DIA DI DALAM HATIKU” mengetuk pintu hati yang gusar ini..Yang kadang-kadang resah dalam kesunyian, yang gusar dengan bicara orang-orang, yang mula membenci hati-hati yang dengki..Meneropong jauh ke dalam hati, rupanya masih tercalit karat-karat jahiliyah dan sifat mazmumah yang melekat kuat sehingga seakan-akan sukar diubati...Tangisanku berbaur kebencian kepada diri yang cukup lemah mentadbir hati..

“Orang yang sedar kelemahan diri itu lebih baik daripada orang yang sukar menerima kelemahan diri..” pujuk suamiku dari jauh..

Saat lemah dan kesunyian, hampir-hampir tersungkur, jiwa merasa tidak tenang akan keadaan diri yang mudah mengalirkan air mata. Namun tangisan itu tangisan rayuan mohon dikasihankan olehNya, mohon dikurniakan kekuatan dalam menghadapi ujian kehidupan..

“Pada suatu ketika dalam kemeriahan kita bekerja, kita perlu bersunyi-sunyi hati dengan ALLAH. Adukan segala-galanya kepada Dia. Yang kita perjuangkan adalah agamaNya. Dialah yang akan memberi segala kekuatan.” Bicara kata Ust Pahrol Juoi makin menyentuh hati yang gersang ini.

Pesan suamiku lagi..”Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di lembah padang pasir yang kering kontang selama bertahun-tahun tanpa sebarang kemudahan. Apatah lagi bekalan lampu elektrik..Sesungguhnya hari ini Allah sedang menguji kita untuk menilai tahap keimanan kita kepadaNya...”

Sememangnya benar! Sejauh manakah aku sendiri mampu mengambil ibrah daripada setiap perjalanan hidup para nabi ALLAH, mengaplikasikan dalam kehidupan sendiri, agar kebergantungan ini terus hanya kepada ALLAH..

Jadi, tadbirlah hati menerima segala takdirnya..Kerana, susah senang, jauh dekat, dengki benci, segalanya ujian dari ALLAH..

“Jangan terus meratap, tetapi yakinlah walau betapa dahsyat sekalipun perang di dalam hatimu, rahmat ALLAH itu tetap luas!”

Pandanglah ke bawah
Untuk sedar nikmat yang melimpah
Pandanglah ke atas
Untuk insaf amalmu yang terbatas
Moga di situ nanti takut dan harapmu bersemi

Kekadang mahmudah tidak dapat dicapai dengan amalan
Tapi harus ditempa oleh kerikil ujian
Sering kali kealpaan dan mazmumah diri
Diperingatkan oleh kesempitan rezeki

Sejauh mana kita mengasihi manusia
Dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada yang esa
Hitung kesyukuranmu..
Bukan kesukaranmu..

Kekadang Tuhan menyempitkan
Agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan
Agar engkau tidak selalu dalam kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kau daripada kedua-duanya
Agar engkau tidak bergantung kepada sesuatu selainNya!

Tuesday, June 1, 2010

Menghitung hari sambil bermuhasabah..

“Saudara2 kita di Gaza dikepung dan diserang sepanjang masa. Misi bantuan antarabangsa bertarung nyawa. Kita di sini masih tidak mampu menghadapi cabaran2 keseronokan dan tenggelam dengan pembaziran serta maksiat dlm mendirikan rumahtangga. Bagaimana redha Allah mampu diraih sekiranya kebenaran dan kebatilan bercampur di saat2 tertegakkan sebuah masjid??”

Terbaca wall post di facebook ustazah Wahibah..Cukup untuk diri ini terus bermuhasabah..Mudahan jalan menuju pembinaan sebuah masjid ini, tidak diselangi oleh kemaksiatan dan pembaziran...

Muhasabah…

Monday, May 24, 2010

Rangkuman semua..

Alhamdulillah..Setelah 2 minggu berpanas sepanjang hari di sekolah dengan ketiadaan elektrik, ALLAH kurniakan kemudahan lagi untuk terus merasai nikmat teknologi hari ini.. Syukur ya ALLAH (^_^)

Post kali ni merangkumkan semua yang tak sempat terluah di sini, selama blog ini terus dibiarkan bersawang..hehe

SELAMAT HARI IBU

buat semua insan yang bergelar ibu especially my ma, you are so special for me.. Thank you ALLAH kerana memilih rahimnya sebagai tempat untuk aku berada, memilih dia sebagai insan yang membesar dan mendidik aku, yang mengenalkan aku akan keagungan dan kebesaranMu, membawa aku ke jalan perjuangan..Terima kasih ma..

“Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa mengandung sampai menyapihnya(mencerai susu) selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia (anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa, “Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berikanlah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau dan sungguh aku termasuk orang muslim.” (Al-Ahqaf :15)


Semoga aku anak yang solehah pada pandanganMu dan dia..QURRATUN 'AIN..

SELAMAT HARI GURU

“Cuba bayangkan andai tinggal selangkah lagi langkah kita untuk memasuki syurgaNya..Datang satu suara, “Nanti dulu Ya Allah! Jangan benarkan cikgu itu masuk ke syurga. Kalau Kau ingin tahu, cikgu ini tidak pernah menegur kesilapanku. Dia hanya mengajar aku ilmu dunia. Dengan ilmu itu, aku semakin jauh dariMu.. Kehadirannya hanya untuk mengajar..Cukup bulan dapat gaji..Tapi akhlak kami tetap rosak..”


Selamat hari guru semua guru-guru di Malaysia. Apapun, this is my first time, sambutan hari guru sebagai seorang guru..Hmm, nothing special. cuma terkenangkan betapa susahnya guru-guru saya yang pernah mendidik saya suatu ketika dulu.. Mungkin saya ni tak nakal sangat, tapi nasib dapat anak murid nakal..hehe..


Yang paling best, teringat kata-kata pensyarah saya, "What you give, you get back.." Jadi,hari ni saya dapat balik apa yang saya buat pada cikgu saya, pelajar saya buat pada saya..huk huk huk..tergelak sendiri juga bila saya marah pelajar saya baca komik masa saya mengajar. Yela, dulu, cikgunya ni juga baca komik time dalam kelas..


Apapun, mesej di atas sekali tu, kawan saya kirimkan kepada saya. Mesej yang cukup besar peringatannya..Thanks my fren..Semoga mendidik ni, bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga..Tapi betul-betul mendidik anak pelajar supaya menjadi insan yang mengenal ALLAH dan berakhlak mulia..


LASTLY..


Happy holiday (^_^)/


Semoga setiap derap langkahku ini dalam redha dan kasih sayangMu ya ALLAH...