Monday, June 22, 2009

KASIH SEORANG AYAH..

Ayah saya pendiam orangnya, namun sangat penyayang..Memang dia tidak seperti Ma yang terus melafazkan dari kata-kata akan kasih dan sayangnya dia kepada anak-anaknya, tapi ayah akan menzahirkan melalui perbuatannya..
Setiap kali saya pulang ke rumah apabila cuti, ayah tahu saya gemarkan air soya, dan pasti ada tersimpan air soya di dalam peti untuk saya..Ayah hanya diam..

Apabila tiba musim buah-buahan, ayah tahu saya suka makan buah, ayah akan petik buah di belakang rumah dan letakkannya di dapur untuk saya dan adik-adik makan..Ayah hanya diam..

Pernah beberapa kali, apabila sampai tengah malam, saya belum tidur lagi, ayah tahu saya suka makan, ayah akan masakkan apa yang ada di dapur dan hidangkan kepada saya..Ayah hanya diam…

Apabila semua orang sedang menghadap makanan, tapi saya sedang menyudahkan kerja, ayah tahu saya juga mahu makan dan ayah datang kepada saya dan suapkan saya walaupun saya sudah berumur 22 tahun..Ayah tidak berkata apa-apa..

Apabila semua orang kata masakan saya tak sedap, ayah makan dengan seleranya..Ayah hanya diam..

Apabila semua orang dapat apa yang mereka nak, tapi saya tidak, ayah datang kepada saya dan hulurkan duitnya...Ayah diam sahaja..

Apabila saya berkata, teringin nak itu, pasti ayah datang membawanya kepada saya..Ayah sentiasa diam..

Apabila saya tidur lewat untuk siapkan makanan di malam raya, ayah datang teman dan tertidur di dapur menunggu saya...Ayah hanya diam..

Apabila saya sakit, ayah akan keluar dan mencari ubat untuk saya tanpa diminta..

Dan banyak lagi yang tak mampu saya senaraikan betapa kasihnya ayah kepada saya walau dalam apa keadaan sekalipun..Adakah saya sudah cukup menggembirakan dia dengan akhlak dan apa jua yang saya lakukan?

Hargailah Ibu Bapa anda sementara mereka masih bernyawa..

“Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah yang dapat menggembirakan dan menyenangkan kedua ibu bapaku walau dalam apa keadaan sekalipun..Tempatkanlah kedua ibu bapaku di tempat yang tinggi dan mulia di sisiMu..Ameen..”

SELAMAT HARI BAPA, AYAH ku SAYANG.. (^_^)

3 comments:

Rosnah Abdullah said...

assalamualaikum...
ermm... terharunya baca. SELAMAT HARI BAPA buat bapa2 di dunia. kasih sayang org tua kita tak ternilai harganya walaupun dibalas dengan wang ringgit. hanya ALLAH shj yg mampu membalasnya. anak-anak zaman skrg suka membahagiakn orang tuanya dengan kiriman wang setiap bulan. tapi orang tua kita tidak mahu semua itu kerana mereka mahu kasih dan sayang dari anak-anaknya. jadilah kita anak-anak yg soleh solehah agar dapat membahagiakan org tua kita selagi mereka masih hidup. org tua kita mampu mengasihi anak-anaknya yg ramai tp kita yg ramai ni tak mampukah kita utk mengasihi org tua kita yg mungkin hidupnya tak lama lagi. jadi, hargailah kedua-dua org tua kita.
SELAMAT HARI IBU DAN BAPA...
sayang ku hanya untukmu...

syuhadah zawawi said...

Yup..betul tu..mudahan kite2 sume tak termasuk dalam golongan tu kan..hmm..actually, masih lagi tercari2, sape ek iman mujahidah ni..hehe. no clue in your blog.. ('0')>

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

assalmualaikum..
erm..terharu gak bace cerita nti ni. Besar pengorbanan ayah nti, banyak pengajaran.Pemimpin keluarga yang menjadi sanjungan ahli keluarganya, melahirkan anak2 yang sebaiknya&lebih baik lg.

Tak sangka umur 22tahun, ayah masih boleh menyuap kpd anak beliau ini.jarang ketemui ayah sebegini.bersyukurlah.

Sentiasalah berdoa kepada 2orang tua, moge kita menjadi saham berguna kepada mereka & itulah juga kita mengharapkan kepada kita akan datang.

Aku Yg Boleh Menyumbang Kepada Arwah Ayahku,
Tg Abd Ghafar Tg Ahmad