Sunday, August 23, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..Dapat juga saya segulung ijazah setelah 4 tahun belajar di UPSI..Ini bukan sijil kematian seorang mahasiswa tapi sebuah kebebasan untuk terus berada dalam perjuangan..Mudahan terus istiqamah bekerja di jalan ini..Pengakhiran kepada perjuangan ini adalah kemenangan ataupun mungkin syahid..InsyaALLAH..Mudahan terus dipilih oleh ALLAH.. with ust anhar

Tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya naik ke pentas untuk menerima ijazah sekalipun banyak cabaran dan dugaan kita lalui bersama.. Congratulations for all of you!! (^_^)/ Tidak dilupakan buat ust Anhar, yang sudi bacakan doa dalam majlis Istiadat Konvokesyen untuk sesi kami..Sebak seketika mengaminkan doa yang ust bacakan..Mudahan boleh lagi saya berada dalam halaqah ilmu bersama ust..InsyaALLAH..

Thanx to my ma and ayoh coz sudi hadir walaupun dalam kebimbangan H1N1 dan dalam keadaan kaki ayah yang kuarang sihat, dipaksanya juga untuk memakai kasut semata-mata nak masuk ke dewan. Terharunye..isk isk isk..

Apapun, Ramadhan Kareem!!Mungkin ini yang terakhir buat kita semua. Selamat menempuh Madrasah Tarbiyah Ramadhan, mudahan pengakhiran Ramadhan ini dapat dianugerahkan ijazah ketaqwaan.. (^_~)

Sunday, August 9, 2009

"BUKAN DARI GOLONGAN KAMI.."

Sekarang ini negara kita kecoh sekali dengan kes kematian misteri setiausaha sulit exco Negeri Selangor, Teoh Beng Hock. Di mana-mana sahaja semua orang berbicara tentangnya. Dari kedai kopi hingga ke parlimen. Semua mengambil tahu kes kematian misteri Teoh yang menimbulkan tanda tanya. Timbul pelbagai andaian. Mendiang Teoh dibunuh atau bunuh diri? Semuanya dalam pengetahuan ALLAH.

Dalam kekecohan ini, sebenarnya hampir semua umat Islam di Malaysia tidak tahu dan tidak ambil tahu tentang satu kes yang perlu kita ambil tahu. Kes apa? Marwa Sharbini..Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sebuah mahkamah di Jerman lebih dahulu daripada mendiang Teoh. Kenapa di mahkamah?Tahukah kita semua bagaimana kematian Allahyarham Marwa? Kisah Allahyarham sedikitpun tidak saya kedengaran menjadi bualan di kalangan kita umat Islam sedangkan kematian beliau menunjukkan kita umat Islam ini dalam masalah. Kenapa saya berkata begitu? Allahyarham telah ditikam bertubi-tubi di mahkamah, di hadapan orang ramai, oleh seorang warga Jerman yang anti-Islam. Beliau dibunuh hanya kerana bertudung! Hanya kerana beliau mengamalkan apa yang di syariatkan oleh Islam! Sedarkah kita semua umat Islam yang musuh kita, musuh-musuh Islam begitu ramai menanti untuk menghancurkan kita? ALLAHUAKBAR!

Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang tidak prihatin dengan masalah yang dihadapi orang Islam, bukan dari golongan kami.”
Bukan dari golongan kami..itu yang Rasulullah ingatkan. Bukan setakat kematian Marwa, malah kita dikejutkan juga dengan rusuhan etnik di Xinjiang, China yang menyebabkan ratusan umat Islam republik itu terkorban..Ratusan..bukan seorang, bukan puluhan tapi ratusan..Tidak terasakah kita? Umat Islam di sana dibunuh seolah-olah nyawa itu tidak berharga langsung. Campur tangan pihak tentera memburukkan lagi suasana, bukan meleraikan rusuhan tetapi menambahkan bilangan kematian. Masih bolehkah kita berdiam diri dengan saudara seislam kita dibunuh begitu sahaja?

Itu di China. Cuba kita meneropong negara jiran kita, Thailand. Di selatan Thailand. Belum pun reda sepenuhnya api kemarahan umat Islam di sana dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Thak Bai yang terang-terangan menyaksikan kekejaman pemerintahan tentera atas arahan Thaksin, 11 orang jemaah yang sedang bersolat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat ditembak oleh sekumpulan yang lengkap bersenjata. Sungguh pilu dan sedih melihatnya. Mereka bukan orang lain, mereka saudara kita. Pembunuhan umat Islam di sana sebenarnya berlaku hampir setiap hari, Cuma beritanya tidak sampai ke pendengaran kita di Malaysia. Umat Islam di sana umpama menunggu saat untuk dibunuh. Bagaikan bila-bila masa sahaja nyawa mereka akan melayang.

Kenapa umat Islam di Jerman, China dan Thailand begitu terancam? Kerana mereka adalah golongan minoriti. Mereka ditindas, dibunuh, dan kesalahan pembunuh sentiasa ditutup dengan ISLAM ITU PENGGANAS..Bagaimana dengan Marwa? Apa kesalahan beliau? Adakah dia mengganggu ketenteraman awam dengan hanya memakai tudung? Sebetulnya, musuh Islam sedang giat sekarang untuk menghapuskan Islam luar dan dalam. Pedulikah kita?

Oleh itu, ingatlah wahai umat Islam sekalian, jika bukan kita yang berjuang untuk agama ini, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Jika bukan di sini, di bumi malaysia ini, di mana lagi? Jangan tidak peduli dengan hal umat Islam, masalah umat Islam. Kita perlu risau, seperti risaunya seorang tua yang lumpuh dan bisu, berada di dalam sebuah pondok yang sedang terbakar.Tidak mampu melarikan diri dan tidak mampu juga menjerit meminta tolong.. Ingat, mereka yang tidak prihatin dengan urusan umat Islam ini, kata Rasulullah
BUKAN DARI KALANGAN KAMI...