Alhamdulillah..Dapat juga saya segulung ijazah setelah 4 tahun belajar di UPSI..Ini bukan sijil kematian seorang mahasiswa tapi sebuah kebebasan untuk terus berada dalam perjuangan..Mudahan terus istiqamah bekerja di jalan ini..Pengakhiran kepada perjuangan ini adalah kemenangan ataupun mungkin syahid..InsyaALLAH..Mudahan terus dipilih oleh ALLAH..
with ust anhar
Tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya naik ke pentas untuk menerima ijazah sekalipun banyak cabaran dan dugaan kita lalui bersama.. Congratulations for all of you!! (^_^)/ Tidak dilupakan buat ust Anhar, yang sudi bacakan doa dalam majlis Istiadat Konvokesyen untuk sesi kami..Sebak seketika mengaminkan doa yang ust bacakan..Mudahan boleh lagi saya berada dalam halaqah ilmu bersama ust..InsyaALLAH..

Thanx to my ma and ayoh coz sudi hadir walaupun dalam kebimbangan H1N1 dan dalam keadaan kaki ayah yang kuarang sihat, dipaksanya juga untuk memakai kasut semata-mata nak masuk ke dewan. Terharunye..isk isk isk..
Apapun, Ramadhan Kareem!!Mungkin ini yang terakhir buat kita semua. Selamat menempuh Madrasah Tarbiyah Ramadhan, mudahan pengakhiran Ramadhan ini dapat dianugerahkan ijazah ketaqwaan.. (^_~)
Bukan dari golongan kami..itu yang Rasulullah ingatkan. Bukan setakat kematian Marwa, malah kita dikejutkan juga dengan rusuhan etnik di Xinjiang, China yang menyebabkan ratusan umat Islam republik itu terkorban..Ratusan..bukan seorang, bukan puluhan tapi ratusan..Tidak terasakah kita? Umat Islam di sana dibunuh seolah-olah nyawa itu tidak berharga langsung. Campur tangan pihak tentera memburukkan lagi suasana, bukan meleraikan rusuhan tetapi menambahkan bilangan kematian. Masih bolehkah kita berdiam diri dengan saudara seislam kita dibunuh begitu sahaja?