Kabinet baru MPP dibentuk dengan cukup tidak profesional apabila mengenepikan suara mahasiswa.. Saudara Akmal Madzir yang memenangi undi terbanyak, mendapat kepercayaan daripada suara majoriti pelajar dinafikan hak untuk menduduki kerusi MT.. Saudara Akmal hanya diberikan kerusi Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah sedangkan yang dilantik menjadi YDP adalah ahli MPP yang menang tanpa bertanding.. Lagi 2 orang calon umum yang memenangi kerusi umum Saudari Nur Aqilah Hanis dan Saudara Arif juga tidak dibenarkan berada di tampuk pemerintahan teratas. Mereka hanya diberikan Exco Akademik dan Kerjaya sedangkan lagi 2 orang calon dari Pro KUALITI yang memenangi kerusi umum dengan senangnya diletakkan sebagai MT MPP..Secara terangan, betapa tidak berhikmah dan tidak profesional nya golongan ini bekerja. Mungkin ada kepentingan peribadi yang ingin dijaga memandangkan penyelewengan RM 36000 oleh MPP lepas terus menjadi misteri. Ingin dikambus kesilapan lalu, mereka mengambil tindakan untuk mengenepikan suara mahasiswa. Apa guna meletakkan dua kategori dalam pilihanraya kampus ini iaitu calon umum dan fakulti kalau sistem pemilihan MT ini dikaburi oleh mereka yang ingin menjaga kepentingan mereka??
Riben MERAH= Protes
Riben KUNING= Kedaulatan Undang-undang
Ayuh mahasiswa!! Tunjukkan PROTES anda terhadap pemilihan ini..Sampai bila pilihan kita, suara kita terus menjadi bahan mainan dan tidak mahu didengari oleh mereka? Kita mahasiswa harus bersuara dan bangkit menentang sistem yang pincang ini!!
4 comments:
salam.sekadar pandagan.walaupun tidak menduduki kerusi MT tapi Allah telah telah beri dua post yg penting sbg asas permulaan dakwah di UPSI.ini satu peluang yang baik sebenarnya kerana telah diberi amanah sebagai exco Latihan & pem.sahsiah dan exco akademik dan kerjaya. kedua-dua post ini adalah satu post yg besar dan byk ruang yg boleh dimanfaatkan.sungguh hebat percaturan Allah Taala.selamat berjuang..
p/s: mana gambar masa rapat umum tu?
Sebenarnya nak protes sistem pemilihan..benda ni pn panjang perbahsannya..mudahan ALLAH permudahkan setiap yang sukar..
hmm..intenet tak ok..nk upload gambar pn susah..
um..terima kasih atas pandangan..hehe..
"kalau tak dapat semuanya,jangan tinggalkan semuanya." kaedah fiqh
Post a Comment