Tuesday, March 17, 2009

PPSMI vs POLIS + Kerajaan KORUP!


Mesti semua sedia maklum dengan kekecohan yang berlaku sewaktu bantahan PPSMI? Bagaimana polis bertindak agresif menyembur gas pemedih mata ke arah rakyat yang berarak menuju ke Istana Negara. Rasa marah membuak-buak dalam dada saya. Apa tidaknya, isu perarakan bantahan PPSMI bukan sama dengan perarakan bantahan kerajaan tak sah di PERAK mahupun perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya yang adil, tapi ini isu pendidikan yang melibatkan semua rakyat. Mengapa sampai begitu sekali tindakan polis? Rakyat-rakyat yang berarak bukannya membawa M-16, bom mahupun sekecil-kecil pisau lipat. Tapi rakyat berarak meluahkan betapa mereka tidak puas hati dengan pelaksanaan PPSMI ini. Menyampaikan mesej yang cukup jelas kepada kerajaan. Saat berkumpul di dalam Masjid Negara pun, FRU datang dengan traknya, melepaskan gas pemedih mata ke dalam Masjid. Betul-betul Islam Hadhari polis-polis ni. Wajah bengis tanpa nur. Kesian anak-anak kecil yang turut sama dalam perarakan tersebut. Dan malam itu, TV3 mula memainkan peranannya memanipulasi berita agar menjadi cerita dongeng yang cukup indah dan memburukkan mereka yang tak bersalah. Inilah Melayu. Sungguh gemarkan cerita-cerita mitos dan dongeng yang penuh putar belit dan menyimpang dari kebenaran..

Saya juga terkesan dengan pelaksanaan PPSMI ini. Bayangkan, mengajar Matematik yang memerlukan beberapa penerangan, apabila diterangkan dalam bahasa Inggeris, saya melihat pelajar-pelajar saya berkerut wajahnya untuk menangkap apa yang saya jelaskan. Apabila saya bertanya , “All of you understand?” Dan pasti saya mendengar jawapan mereka , “Ulang cikgu..Dalam bahasa Melayu la cikgu..” Inilah proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku setiap hari. Saya terpaksa menerangkan benda yang sama dua kali dan kadang-kadang lebih, dalam dua bahasa. Apabila diberi contoh persoalan yang berkaitan problem solving, semua dah terpinga-pinga. Tak kira Melayu, India mahupun Cina. Disebabkan tak faham beberapa ‘terms’ yang merupakan ‘key point’ kepada soalan, maka pelajar ,menghadapi masalah untuk menyelesaikannya. Kena darab ke, bahagi ke, tolak ke atau nak kena tambah..Majoriti pelajar saya dalam Ujian Pencapaian 1 baru-baru ini meninggalkan soalan yang berkaitan penyelesaian masalah dan menyebabkan mereka rugi banyak markah. Jadi, ingin saya bertanya, PERNAHKAH kerajaan mempertimbangkan dan membuat kajian dengan sedalam-dalamnya berkaitan hal ini??

Jika mahukan rakyat hebat berbahasa Inggeris, kenapa tidak perkasakan pembelajaran Bahasa Inggeris yang sedia ada? Kenapa mesti menukarkan pengajaran Matematik dan Sains kepada Bahasa Inggeris? Mereka yang tidak berada dalam lapangan pendidikan sudah pasti sukar untuk memahami kenapa perlunya penentangan terhadap pelaksanaan PPSMI ini. Guru-guru bahasa Inggeris ramai juga yang tersengih puas dengan pelaksanaan PPSMI ini. Maklumlah, kurang sikit beban mereka. PPSMI bukan setakat menyukarkan guru-guru yang mengajar malah lebih menyusahkan pelajar-pelajar yang belajar. Mereka perlu memahami dua perkara besar dalam satu masa, content pengajaran dan bahasa Inggeris yang digunakan. Tidak faham bahasa Inggeris, bakal mengelirukan mereka apa sebenarnya yang guru mereka ajar berkenaan Matematik dan Sains. Jadi, apa yang untung? Bahasa tetap tak kuasai, subjek Matematik dan Sains terus lingkup..

Umpama inilah satu-satunya cara untuk memperkasakan bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia. Cuba Hishamuddin masuk sekolah, jadi guru sekejap saja, untuk kelas ranking terakhir dan ajarlah Matematik dalam bahasa Inggeris. Kemudian, rasalah bagaimana sukarnya nak fahamkan mereka. Jangan pandang golongan yang cerdik pandai saja, cuba lihat dari sudut pelajar yang memang kurang pandai..Apapun tak dapat!

Kalau begini cara terbaik nak perkasakan bahasa Inggeris, maka ia valid juga untuk memperkasakan bahasa Arab, bahasa Al-Quran. Tukarkan pengajaran pendidikan Islam, sejarah dan Kemahiran Hidup dalam bahasa Arab. Maka kita boleh konklusikan yang rakyat kita bakal mahir bahasa Al-Quran. Mahu tak? Setuju tak?

Inilah Malaysia. Kononnya negara yang mengamalkan demokrasi tetapi sebenarnya kuku besi. Rakyat yang menunjukkan rasa tidak bersetuju dengan apa yang kerajaan lakukan, pasti akan terima hukuman. Kerajaan sentiasa betul. Itu prinsip BN agaknya. Cantas semua yang menentang. Kerajaan telinga gajah kan, telinga saja yang besar, tapi pekak dan tuli dari mendengar suara rakyat. Isu PPSMI pun boleh menggunakan kuasa polis. Menyembur gas pemedih mata dan menangkap sesiapa sahaja. Jadi, di mana hak rakyat yang ingin menyuarakan pendapat dan kesusahan mereka? Kerajaan yang angkuh dan sombong ini akan lingkup dengan kebangkitan rakyat dan kemurkaan ALLAH suatu hari nanti!

Jadi, undilah kepada MENOLAK KERAJAAN BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau! Undi anda menunjukkan tanda PROTES kepada tindakan kerajaan!!

No comments: