Tuesday, April 7, 2009

HADIAH BERMAKNA BUAT NAJIB..

Siapa sangka PM kita akan dapat ‘hadiah’ yang cukup besar sempena beliau ditabalkan sebagai Perdana Menteri yeng keenam. Setelah pergolakan demi pergolakan yang berlaku, keyakinan beliau kelihatan cukup tinggi penerimaan rakyat terhadap BN, akhirnya segalanya ternafi dengan keputusan PRK di dua Bukit semalam. Bersahut-sahutan takbir dilaungkan. ALLAHUAKBAR! ALLAH MAHA BESAR! Siapa sangatlah PM kita untuk melawan kuasa ALLAH. Sehebat mana pun kecaman dan sekatan, tiada satu pun yang mampu melawan kuasa ALLAH swt...Dan saya kira ini merupakan hadiah yang cukup bermakna buat beliau agar kembali sedar akan kekuasaan ALLAH swt.

Dalam suasana kempen yang hangat, Najib dilantik menjadi PM yang keenam Malaysia, menjatuhkan Pak Lah yang dikecam kawan dan lawan. Maka bermulalah kembali era pemerintahan Tun Mahathir. Seolah-olah semua ini sudah diatur dengan cukup cantik. Mahathir kembali ke pangkuan UMNO setelah berjaya menjatuhkan Pak Lah dan menaikkan kroninya, Najib. Najib tampil kononnya HERO apabila membebaskan 13 tahanan ISA dan menarik kembali penggantungan HARAKAH. Nampak macam cerdik tapi sebenarnya macam tak berapa cerdik sangat...Tapi langkahnya cukup menarik, ayatnya di perhimpunan Agung UMNO cukup bombastik, penampilan dalam rancangan Bersama ALLY juga cukup ‘low profile’, seumpama menunjukkan dialah pemimpin tauladan, pemimpin yang harus diberi 100% sokongan. Dan strategi ini digunakan untuk memancing undi sempena PRK.. Namun begitu, rakyat sekarang bukan seperti dahulu, rakyat sekarang sudah ‘fed up’ dengan UMNO dan konco-konconya, sudah muak dengan sikap mereka yang cukup tidak telus, berpura-pura dan sudah pasti bekerja demi ‘perut’ masing-masing.. Slogan ‘HIDUP MELAYU’ menghapuskan kepercayaan kaum Cina dan India, menambahkan lagi rasa menyampah kaum Melayu kerana selama slogan itu bergema, nasib kaum Melayu tetap tidak terbela. Jadi, slogan apa yang sebenarnya harus kita pandang, dengar dan yakin? PAS FOR ALL, PAS UNTUK SEMUA! Tiada ragu lagi..Gelombang ini sedah dibuktikan dengan pertambahan majoriti kemenangan di Bukit Gantang sekaligus membuktikan bahawa Ir Nizar masih lagi MB Perak yang diterima semua!

Saya tersenyum melihat banner-banner yang tergantung di Bukit Gantang, apabila tertera perkataan ‘MOHON RESTU RAKYAT’ dengan wajah calonnya Ismail dan MB tak sahnya, Zambry.. Sudah cukup membuktikan, mereka sebenarnya sudah merasai bahawa rakyat sudah mula beralih angin sehingga terpaksa mohon restu rakyat untuk menerima mereka. Siapa mahu restu dengan pemilihan MB bukan atas keinginan rakyat...

Apapun, TAHNIAH buat jentera PRK Pakatan Rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga Batang Ai dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh, dan sanggup berkorban masa, tenaga dan harta. Sekalipun tidak mendapat apa-apa ganjaran kewangan, namun, dengan rela hatinya semua bekerja untuk kemenangan Pakatan Rakyat..Semoga ALLAH mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda buat semua di akhirat kelak..ALLAHUAKBAR!!


* Teringat pesan seorang pimpinan PAS, katanya, menang atau kalah, kita tetap menang. Andai tak menang undi, ganjaran yang lain menanti. YAKINLAH! (^_^)/ ALLAHUAKBAR!!

1 comment:

ibnu fauzi said...

macam kenal je tajuk post ni..
harap-harap P.Menteri gembira dengan hadiah yang diterima