Tuesday, February 3, 2009

MEDAN APLIKASI + TARBIYAH


3 tahun setengah, saya disumbat dengan bermacam teori untuk berhadapan dengan pelajar, untuk mengajar, untuk kawal pelajar..Namun, sampai ke medan aplikasi, saya jadi buntu apabila berhadapan dengan pelajar..teori tinggal sekadar teori...Tiada satu pun yang mampu di aplikasikan apabila saya berhadapan dengan pelajar..Pengalaman ini bukan untuk menakutkan mereka yang bakal keluar untuk menjejakkan kaki ke sekolah sebagai salah seorang warga pendidik, namun, sekadar mohon kita sedar akan realiti sebenar lapangan pendidikan kita pada hari ini.

Baru 1 bulan saya berpraktikal. Saya diamanahkan untuk mengajar pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Dari sudut content sudah pasti ia tidaklah sesukar upper form, namun, menghadapi pelajar-pelajar inilah yang kadang-kadang menyebabkan saya cukup terkilan. Pertama, AKHLAK YANG TERUK.. Kedua, TIADA RASA HORMAT PADA GURU. Hakikat ini yang perlu diterima oleh semua bakal pendidik bahawa kita mengalami krisis keruntuhan akhlak yang sangat teruk di kalangan remaja kita. Dan kitalah insan yang paling depan berhadapan dengan krisis ini.

Sekolah, institusi yang selalu meletakkan target membentuk pelajar yang cemerlang dari segi AKADEMIK yang utama, namun banyak mengabaikan pembentukan akhlak dan peribadi yang mulia di kalangan pelajar. Mesyuarat, aktiviti, sentiasa meletakkan target kecemerlangan akademik. Dengan target inilah, guru berusaha bersungguh-sungguh agar pelajar cemerlang dalam pelajaran. Hakikatnya, dalam waktu yang sama, guru semakin lupa, tugas sebenarnya adalah MENDIDIK, bukan sekadar bidang akademik namun sahsiah pelajar juga harus dibentuk. Memang betul, kita ada jawatankuasa disiplin, namun sejauhmana kah jawatankuasa ini benar-benar berfungsi dalam sebuah sekolah itu? Adakah sekadar jawatankuasa disiplin yang perlu mengambil berat akan hal ini?

“School is not for playing but for studying. Studying is not for getting good grades, but for training yourself to overcome hardships. People cannot leave alone. That’s why they learn to live with others. School is there for you to learn things like that. That’s why you need to attend regularly and graduate properly. You guys, listen carefully. You guys may not be good academically, but you guys have the most important thing as human beings. Right here (tunjuk pada hati). So go live your life with pride, confidence, and dignity.”- YANKUMI

YANKUMI, hanyalah satu watak kecil dalam komik GOKUSEN. Apa yang ingin saya sampaikan ialah, bagaimana seorang guru di dalam cerita ini berusaha membentuk pelajar-pelajarnya yang bermasalah, bukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang kerana mereka sangat lemah dalam pelajaran, namun belajar menghormati guru, menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia. Satu mesej yang cukup jelas apabila hakikat guru hari ini begitu tidak suka untuk mengajar pelajar yang lemah dalam akademiknya kerana yakin mereka tidak mampu membantu menaikkan nama sekolah dari sudut akademik malah sentiasa mengundang masalah disiplin dan memburukkan nama sekolah. Namun, guru hanya pandai mencemuh, banyak mengabaikan hak pelajar ini yang perlu diajar bagaimana menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat.

Saya memang terkilan berhadapan dengan pelajar saya sekarang. Setiap hari saya berfikir, bagaimana saya boleh didik akhlak mereka. Saya berhadapan dengan pelajar 3 bangsa yang berbeza, dan mempunyai gaya tersendiri apabila berhadapan dengan guru. Bagaimana didikan yang harus saya sediakan untuk mereka? Jujurnya, saya sangat buntu. Inilah medan tarbiyah dan dakwah yang cukup besar untuk saya sekarang ini.

Sungguh, saya tidak bencikan mereka. Sedikitpun saya tidak mahu mencemuh mereka. Saya memang sedih dengan akhlak mereka, namun tidak bermakna saya mahu tinggalkan mereka dalam keadaan mereka tidak tahu apa yang sebenarnya perlu mereka belajar. Apa yang penting, saya perlu tahu, hasilnya bukan dalam masa 2 atau 3 hari, namun mungkin mengambil masa yang sangat lama..Mudahan, ALLAH golongkan saya di kalangan orang-orang yang sabar.

“Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati pelajar-pelajarku ini. Jadikanlah mereka insan yang berguna kepada agama. Lembutkanlah hati mereka untuk menerima teguran dan didikan. Perbaikkanlah akhlak mereka dan jangan tinggalkan mereka, Ya ALLAH. Bimbinglah mereka, kurniakanlah hidayahMu kepada mereka. Ya ALLAH, tidak mungkin aku akan bencikan saudaraku sendiri, tidak mungkin aku akan mengabaikan mad’u aku dari pelbagai agama, tidak mungkin aku mampu mendoakan yang tidak baik untuk mereka. Maka dengan rahimMu ya ALLAH, bantulah aku mendidik mereka untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, berbudi pekerti mulia. Kurniakanlah aku kesabaran dan dekatkanlah aku denganMU. Jangan tinggalkan aku dalam urusan dakwah ini. Kurniakanlah rasa kasih dan sayang aku pada mereka. Bantulah aku..”

1 comment:

Unknown said...

Salam...itulah dia medan sebenar. Sabar...Enti beruntung kerana diuji lebih hebat dari ana. Menghadapi 3 bangsa yang berlainan memang satu cabaran yang hebat. Memerlukan pendekatan yang bijak dan bervariasi. Ada sahabat ana seorang, satu tempat ngan ana tapi beza sekolah. Sekolah yang boleh di katakan oleh cikgu2 di situ sebagai sampah. Melayu hanya 10%, india 20%, cina 70%. Tapi memang ana kagum dengannya sebab dia boleh buat anak muridnya yang tak suka belajar jadi suka belajar, yang berlagak jadi hormat. Dalam masa yang singkat sahaja dia dapat membuatkan pelajarnya respect padanya. Berebut2 pelajar nak blajar dengan dia. Itu ana cerita kisah sahabat ana. Kalau dia boleh, orang lain pun mesti boleh. Yang penting kita tidak putus asa. Nak ana ceritakan kisah ana, tak perlulah. Tak sama dengan situasi enti. Selamat berpraktkum...Takbir!