Saturday, February 7, 2009

Oh Perak..

Isu Palestin masih belum reda sepenuhnya, kini kita digemparkan oleh suasana politik negeri Perak. Saya memang agak teruja untuk mengetahui keadaan sebenar politik Perak, apa pergolakannya yang sebenar, apa penjelasan MB perak.. Namun, sedikit kecewa kerana di sekolah-sekolah hanya membekalkan suratkhabar yang jelasnya menyediakan laporan yang tak pernah menunjukkan keneutralan mereka. Syukur, rumah sewa saya tiada kemudahan TV, kalau tak, sudah pasti satu rumah pun menjadi ‘panas’ dan sakit hati mendengarkan laporan TV3 yang secara terangan memihak kepada kerajaan. Memang sukar umat sekarang untuk bercakap benar kan??

Suasana bilik guru pun agak kecoh. Pagi-pagi lagi dah ada guru-guru yang bertekak tentang isu Perak ini. Yang menyokong kerajaan Pakatan Rakyat dengan hujahnya dan yang menyokong kerajaan BN pun tak letih menimbulkan banyak isu. Saya tersenyum mendengar perbualan tersebut. Hati saya terdetik, “Guru sekarang bukan boleh disekat-sekat pemikiran dan kehendak mereka hanya dengan beberapa helai kertas perjanjian yang mengongkong..” . Lega melihat guru sekarang bukan lagi penakut untuk meluahkan dan memberikan pendapat masing-masing tentang isu poltik negara. Guru juga adalah rakyat Malaysia, dan setiap rakyat malaysia mempunyai hak untuk bersuara. Ini termaktub dalam perlembagaan. So, para guru dan bakal guru, usah risau dan takut dengan pendirian anda yang kadang-kadang bercanggahan dengan kerajaan, kerana kita rakyat berhak bersuara.. Dan ALLAH tak bersama pemimpin yang zalim..

Tenang hati saya melihat wajah Dato’ Seri Mohd Nizar Jamalluddin. Sentiasa tersenyum walaupun berhadapan masalah dan ancaman yang saya kira cukup besar. Betullah, ketenangan itu datangnya dari ALLAH dan dihembuskan kepada hati-hati yang dekat denganNya. Dengan ketenangan itu, saya kira PR sudah menang..

Apapun, saya suka kepada titah Sultan kepada Dato’ Seri Mohd Nizar, “Innallaha ma’assobirin..” ALLAH bersama orang-orang yang sabar. SABAR..Sabar itu indah.. Namun begitu, saya yakin rakyat sendiri pun sudah lama sabar dengan karenah pemimpin-pemimpin negara yang korup!!Siapa? Um, sendiri nilai dan fikirlah..

Buat rakyat negeri Perak dan semua yang inginkan keadilan dan kebenaran tertegak di bumi Malaysia ini, jangan berhenti meminta pertolongan ALLAH. Jika mereka ada media massa, ada gas pemedih mata, ada FRU yang setia, ada duit berjuta-juta, semuanya tidak mampu melawan kuasa ALLAH yang Maha Esa.. Ini sahaja senjata kita yang paling kuat untuk menentang mereka. Mereka umpama Gajah yang tidak bermaruah, bertelinga besar, namun sangat pekak dan tuli apabila sang semut-semut yang gigih dan sabar ini bersuara. Gajah-gajah inilah yang membutakan mata mereka memijak-mijak hak sang semut dengan angkuhnya! Suatu masa nanti, semut-semut ini juga mampu menjadi kuat..Mampu menumbangkan gajah!! Tiada yang mustahil pada kuasa ALLAH SWT..

Saya bersama perjuangan Islam dan menegakkan kebenaran..Adakah YB Zambry yang baru mengangkat sumpah itu bersama perjuangan Islam dan kebenaran? Um, fikir-fikir, timbang-timbang, semoga dipandu dengan cahaya kebenaran..

1 comment:

Adibah S said...

salam buat kak long. Tahniah kerana menghidupkan suasana panas di blog nti. Ana dah tak tahu nak kata la apo ke bendo la BN hari ni.. Ye lah hari hari ini la.Dah huru hara rakyat. Baik buruk dari apa yang berlaku ada mungkinnya. Moga segalanya aman. Allah sudah beri ujian pada hambanya yang dia kehendaki... Semoga Dato' Seri Nizar tahu Allah dan rakyat malaysia bersamanya sentiasa.