Tuesday, May 5, 2009

ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan umur ini untuk terus bernafas atas muka bumi ini dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM..Terasa masih terlalu sedikit amal yang dilakukan selama 23 tahun hidup di atas muka bumi ini..Semoga terus dipandu dengan taufiq dan hidayah ALLAH selalu..

Terima kasih buat sahabat-sahabat villa Mu'allimah yang menyediakan 'Kek runtuh' yang sedap di hari-hari terakhir bersama.. Masing-masing akan membawa haluan sendiri menentukan masa depan sendiri, namun harapnya kita semua masih lagi di landasan perjuangan yang sama sehingga ke akhir hayat kita.

Terima kasih juga bagi yang sudi menghantar SMS doa yang penuh makna buat diri ini agar terus diberi kekuatan menjalani hidup di bumi ALLAH ini.. Cukup terharu saya dengan kehadiran mesej dari teman-teman lama yang tak pernah lupa hari lahir saya..Saya kira ini suatu method dalam kita mengekalkan ukhuwwah sekalipun berada jauh di mata.. Dan majoriti mendoakan "Semoga cepat kawin.." Agaknya, dengan bertambahnya umur, maka perlulah cepat-cepat kahwin..Maka, saya pun cepat-cepat mengaminkan semua doa sahabat-sahabat ni..Mudahan dimakbulkan, dipermudahkan urusan bait dakwah ni (^_~)


No comments: