Tuesday, May 19, 2009

Gersang Sang Hati..

Hati kelihatan muram. Mata memandang tapi tidak mampu menafsirkan apa yang dimahukannya. Mulut terkunci rapat, umpama tiada apa yang perlu disuarakan. Tangan kelihatan malas bergerak mencapai ubat-ubatan untuk hati. Kaki juga begitu. Seolah-olah kaku. Telinga masih lagi terus dalam dunianya, menyumbat lagu-lagu yang kononnya ubatan jiwa, tapi akhirnya bertukar hiburan yang melaghakan..Hati semakin muram. Akhirnya, hati mula bersuara..

“Hai Mulut, tidakkah kau mahu ubatiku?” suaranya cukup lemah.

“Semalam sudah aku bagi ubat kepadamu, tak cukupkah? Tak kan hari-hari kau nak bergantung ubat padaku..Aku juga letih. Tak bolehkah aku berehat seketika? Bukankah ramai lagi yang mampu menolongmu?” bentak Mulut tanda protes. Tanpa mempedulikan kehendak hati, Mulut memulakan kerja-kerjanya yang lain. Mengumpat, bergelak ketawa, mengata dan kadang-kadang mengeluh. Hati semakin sakit. Merangkak hati mencari Tangan.

“Tangan, kau mesti tolong aku. Aku betul-betul perlukan ubat darimu..” rayu sang Hati.

“Aku sibuk Hati. Lesson plan, ABM, soalan-soalan tuan aku belum aku siapkan lagi. Nanti pensyarahnya observe, aku yang disalahkan sebab tak siapkan tugasan dunia dia ni..” rungut Tangan menunjukkan kesibukannya.

“Kejap saja Tangan. Tarikan jarimu untuk ayat-ayat dakwah. Kau juga perlu tumpukan untuk pengisian usrah kawan tuan mu. Berhentilah sekejap untuk itu. Aku yakin itu boleh bantuku sedikit. Aku benar-benar sakit, Tangan..” rayu Hati lagi. Tangan hanya mendiamkan diri, tidak mempedulikan sedikitpun kehendak Hati. Dia meneruskan kerja-kerjanya. Semakin sedih Hati. Perlahan dia mencari Kaki.

“Kaki, kau sahabatku..Tolong aku, Kaki..Aku benar-benar tak tahan..Aku makin sakit..” tersekat-sekat Hati merayu pada Kaki.

“Hati, aku dah penat. Hari ni, aku dah temankan tuan aku mencari barang keperluan dunianya di pekan. Petang tadi, aku kena ikut dia ke sekolah, tengok pelajarnya bersukan. Aku mahu rehat sekarang..” balas Kaki.

“Sekejap saja, Kaki..Kau melangkah ke Masjid depan rumah tuan kau, cari ubat untuk aku. Aku sangat perlukannya..Tolong Kaki..” semakin sayu suara Hati merayu.

“Kau carilah Telinga. Aku yakin dia sangat senang sekarang. Aku betul-betul penatla..” balas Kaki malas. Sekali lagi Hati kecewa. Kelihatannya semakin parah. Semakin perlahan dia menuju kea rah Telinga. Khusyuk betul Telinga mendengar suara-suara hiburan dunia.

“Telinga..Telinga..Tolong aku..” Hati bersuara perlahan. Telinga buat-buat tak dengar..Sedikitpun tidak mahu beralih dari hiburan yang menyumbatnya sekarang.

“Telinga, dengarkan ayat-ayat suci al-Quran..Telinga..” rayu Hati lagi..Telinga semakin keras. Semakin hati bersuara, semakin geram Telinga, dan dia bertekad tidak mahu melayan kehendak Hati. Kecewa lagi sang hati. Akhirnya hati bertemu Mata. Mata seolah-olah tidak nampak Hati..

“Mata, hentikanlah.. berhenti daripada melihat benda-benda lagha tu..Tolong Mata..Aku makin tenat ni..Kau mahu aku mati ke?”

“Alah Hati..Sekali sekala..Bukan selalu..Cerita ni bestlah..bagilah aku jamu diri aku juga. Tak kan aku nak jaga kau selalu,” balas Mata. Tak berganjak dari menonton cerita Jepun.

“Mata...” belum sempat Hati habiskan ayatnya, Mata meninggalkan Hati dengan cerita Jepun nya..Hati menangis sayu. Tersendu sang Hati mencari ubat untuk dirinya. Susahnya menjaga sang Hati ini..Di saat Hati makin tenat, seolah-olah menuju ke arah kematian, datang si Nafsu dengan tersenyum.

“Wahai Hati, kenapa perlu kau risau? Aku masih ada.. Ikutlah aku..Kau tak datang mohon bantuan dari aku pun..” berkata Nafsu kepada Hati. Hati menggeleng dalam keadaan lemah.

“Nafsu, dulu aku pernah mengikut engkau, mengikut apa yang kau bisikkan pada aku, namun, apa yang aku dapat? Aku makin sakit dan terus sakit. Aku tidak tenang bersama kamu. Kau bukan membantuku, tapi kau makin meresahkan dan menyakitkan aku..” rungut sang Hati. Nafsu ketawa terbahak-bahak.

“Disebabkan aku mengikut kamu, aku kehilangan bantuan Tangan, Kaki, Mata, Telinga dan Mulut. Mereka tidak mahu lagi membantu mengubati aku..Mereka dah terikut-ikut dengan panduanmu yang langsung tak berguna, Nafsu. Aku betul-betul menyesal kerana mengikut kehendak kamu..Tuan aku betul-betul dah berubah, sehingga lupakan HERO yang sepatutnya dia agungkan, bukannya kau Nafsu..” rintih Hati lagi. Betapa bersalahnya sang Hati dengan kesilapannya yang lalu kerana mengikut jejak Nafsu. Bertambah kuat ketawa Nafsu kepada Hati.

Tiba-tiba datang Iman mengusap Hati. Iman menangis melihat keadaan Hati. Nafsu terkejut dengan kehadiran Iman. Sedikit takut menyelubungi dirinya.

“Wahai Hati, kenapa teruk sekali keadaan kamu? Kenapa kau tidak memanggilku? Aku bisa mengajak teman-temanmu mengubati engkau. Jangan kau harapkan Nafsu ini, dia jadikan kamu makin teruk..” kata Iman penuh simpati. Betapa kasihannya dia pada Hati. Sungguh kesal Iman dengan sikap Tangan, Telinga, Mata, Kaki dan Mulut yang langsung tidak mempedulikan keadaan Hati yang tenat. Membuak-buak marahnya Iman kepada Nafsu. Nafsu kelihatan semakin takut.

“Pergi kau dari sini wahai Nafsu!! Jika sekali lagi kau datang mengganggu Hati, aku akan pastikan kau terima balasannya!!” marah Iman kepada Nafsu. Nafsu semakin takut dengan kekuatan Iman. Risaunya dia andai Iman mampu mempengaruhi Mulut agar tidak makan. Sudah pasti Nafsu juga akan lemah dan tidak bermaya. Perlahan-lahan Nafsu meninggalkan Hati dan Iman. Iman mengambil peluang itu bertemu dengan Telinga, Mata, Tangan, Kaki dan Mulut. Dengan wajah yang cukup tegas dan tegang namun tenang, Iman merenung mereka. Tiada suara yang keluar dari mereka apabila melihat Iman dalam keadaan begitu.

“ Tahukah kamu semua apa yang telah kamu lakukan?!” bentak Iman. Mereka tertunduk diam.

“Tangan yang lupa untuk bekerja untuk Islam, Mulut yang penuh melakukan kemaksiatan, Mata yang tidak takutkan akan balasan Tuhan, Kaki yang cukup liat untuk bersama memperjuangkan Islam dan Telinga yang degil dari mendengar nasihat dan kata-kata Tuhan, adakah kamu rasa kamu bahagia begini?? Adakah kamu rasa bahagia melihat Hati mati? Sungguh!!Kamu tidak akan bahagia!! Sesekali tidak!! Kamu akan berdepan dengan HERO tuanmu, satu persatu bakal di tanya..Dan kamu sudah tidak ada dalih lagi untuk diberikan kepadaNya atas kematian Hati!! Sudah pasti kamu akan terseksa dalam penjara api selamanya!!” tengking Iman. Tersentak Mata, Telinga, Tangan, Kaki dan Mulut.

“TIDAK!!” raung Mata, Telinga, Tangan, Kaki dan Mulut serentak.. Mata mula dibanjiri air..Teresak-esak, takutnya dia kepada balasan HERO tuannya. Mulut mula mengucapkan kata taubat agar diampuni segala perbuatannya. Tangan dan Kaki bergerak memulakan tugas sebenar mereka yang sudah lama terbengkalai. Telinga mula menadah kata-kata HERO tuannya agar Hati tidak gersang lagi..

Hati sudah mampu tersenyum bahagia..
“Oh, Tuhan..Syukur, aku tidak mati lagi..Jangan matikan aku..Jangan matikan aku..” rayu Hati pada HERO tuannya..Maka bahagialah tuan Hati, Tangan, Kaki, telinga, Mata dan Mulut. Senyum dalam redha ALLAH. Memulakan kembali bekas-bekas perjuangan yang pernah ditinggalkan...

Sabda Rasulullah SAW:
“Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”

Sabda Rasulullah SAW:
“Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Betapa hati manuasia akan menyinarkan cahaya, bila cermin hati kita masih memantulkan bermacam-macam gambar tentang alam ini. Bagaiman seorang hamba mampu bertemu ALLAH dalam keadaan dia terbelenggu di dalam syahwat. Bagaimana mungkin seorang hamba dengan keinginan kerasnya untuk masuk dalam rahmat ALLAH, padahal dia masih belum bersih dari kelalaiannya. Bagaimana mungkin seorang hamba memahami berbagai rahsia alam yang halus, padahal dia belum juga bertaubat dari kesalahannya..

CAHAYA ALLAH AKAN MENEMBUS SELURUH YANG ADA DALAM RONGGA DADA MANUSIA, SELAMA MANUSIA BERKEHENDAK MENCARI DAN MENEMUKAN ALLAH.

5 comments:

aeda_humairah said...

salam.. tq..mengingtkan sy yg lalai jugak....

syuhadah zawawi said...

permulaan tulisan adalah untuk diri sendiri jg..saling mengingatkan antara satu sama lain! (^_^)/ lame tak dgr citer aida ye..

penasalju said...

penulisan yang hebat..caiyok!!

syuhadah zawawi said...

Ilham itu dari ALLAH..

Shoutul Heart said...

Mohon Salin post .. bisa nggak... Untuk tatapan di blog ane...