Sunday, May 10, 2009

Sayangi Ibu anda..

Selamat Hari Ibu buat bonda tercinta, Napisah bt Ismail..

Alhamdulillah, tahun ini, saya berpeluang bersama dengan Ma tersayang, mengucapkan rasa sayang saya bukan melalui telefon..Hari ini, hanya mampu menghadiahkan kad ucapan Terima Kasih dan mencoret sedikit rasa sayang dan penghargaan pada whiteboard di biliknya sebagai kejutan.. (^_^)

Berbuat baiklah kepada ibu anda sementara dia masih ada bersama dengan kita atau sementara nyawa kita masih ada. Jika terlalu tidak mamapu melawan rasa marah dan tidak sukanya kita pada ibu kita, fikirkanlah bagaimana saat dan keadaan dia bertarung nyawa, antara hidup dan mati ketika melahirkan kita.. mudahan kita semua termasuk dalam golongan anak yang soleh dan solehan penyejuk mata ibu dan bapa kita..Bagi saya Hari Ibu adalah setiap hari, bukan hari ini sahaja, kerana Ibu saya telah mendidik dan mengajar saya menjadi Insan seperti hari ini..

"Terima Kasih ALLAH kerana meletakkan aku dalam jagaan Ma, mengajar aku tentangMu, tentang kehidupan dunia dan akhirat, mengenalkanku dengan perjuangan, membenarkan aku berada dalam perjuangan..Ya ALLAH, panjangkanlah umur ibuku agar aku terus berbakti kepadanya. Jika Kau matikannya, maka letakkan dia di tempat yang tinggi dan mulia disisiMU.."

No comments: