Thursday, November 20, 2008

Kenapa Bertudung Labuh

Saya selalu ditanya, “Akak ambil Pendidikan Islam ke?”. Soalan ini ditanyakan apabila melihat penampilan saya yang bertudung labuh. Saya hanya tersenyum. Hati saya bercampur antara perasaan geram dan cukup rendah diri..dan jawapan saya pun kadang-kadang menjadi dua.

Pertama, “Tak. Matematik je..” ini jawapan apabila saya fikir jauhnya diri saya berbanding taraf ustazah dan mereka yang ambil pendidikan Islam.

Kedua, “Pelajar Pendidikan Islam je ke yang boleh bertudung labuh?” Ini jawapan berbentuk sindiran untuk sesetengah orang yang bertanya apabila saya dah geram dengan pertanyaan sebegini.

Kenapa nak geram?? Kerana pemikiran masyarakat kita hari ini yang tak betul..Pemikiran masyarakat yang perlu dibetulkan. Pemikiran masyarakat yang agak sempit dan sukakan pelabelan..

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan yang sekular. Dengan sistem pendidikan inilah, pandangan masyarakat pun juga dipusing agar berpandangan, hanya pelajar sekolah agama yang layak bertudung labuh, hanya yang belajar pengkhususan agama Islam sahaja yang layak menyampaikan tentang Islam.. Saya cukup tak puas hati dengan sistem ini. Pernah saya bercita-cita, mengumpulkan mereka yang benar-benar faham tentang Islam dalam bidang pendidikan ini, tidak kira apa kos yang mereka ambil, dan menubuhkan sebuah sekolah swasta, menggunakan sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan Islam, menyelitkan tentang agama dalam silibus pengajaran Matematik, Sains, Bahasa dan semuanya. Barulah tidak ada pengasingan dan pelabelan lagi. Barulah mampu memusingkan kembali pemikiran masyarakat hari ini. InsyaALLAH, saya mahu merealisasikan impian ini. Kalau tidak mampu menubuhkan sebuah sekolah, cukuplah sistem pendidikan ini bertukar wajah..

Bertudung labuh bukan milik mereka yang bersekolah agama, bukan kewajipan buat mereka yang mengambil pengkhususan dalam pengajian Islam, bukan untuk mereka yang memilih untuk belajar di pondok tapi untuk semua yang mengatakan Tuhan mereka adalah ALLAH yang Maha Esa. Kenapa? Kerana dalam satu firman ALLAH SWT:

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya).....” (An-Nur:31)

Dalam firman ALLAH ini, ALLAH tak menyebut ‘pelajar-pelajar sekolah agama’ ataupun ‘pelajar pondok’ tapi ALLAH menyebut ‘para perempuan yang beriman’ yang mengkhususkan untuk semua wanita yang beragama Islam supaya melabuhkan tudung sehingga menutup paras dada. Jadi, milik siapakah tudung labuh itu? Jawapannya kewajipan untuk semua!

Sewaktu zaman persekolahan, saya memilih untuk menyambung ke sekolah sains dengan keputusan UPSR saya. Walaupun bukan sekolah agama, saya bertekad untuk memakai tudung labuh. Kerana ini yang kedua ibubapa saya ajar, agama saya ajar. Dan sudah pasti, saya adalah antara orang yang ganjil. Saya pernah di ‘sound’ oleh senior sewaktu saya di tingkatan 1,

“Tudung labuh adalah diharamkan!”

Tidak kurang juga yang memberi bermacam-macam gelaran. ‘superman’ dan ‘ikan pari-pari’ itu adalah biasa. Tudung besar dan labuh boleh disamakan dengan dua benda itu.. Ada juga yang kadang-kadang sanggup berhenti dan memberi salam, “Assalamualaikum ustazah.” Kemudian ketawa beramai-ramai. Salam itu antara dua, hormat atau perli..hanya mereka yang tahu.

Alhamdulillah, semua ini mengajar saya akan kehidupan. Di akhir zaman, mereka yang mengamalkan Islam umpama menggenggam bara api..Bayangkan..Sakit kan? Namun, janji ALLAH itu indah-indah semuanya. Janji ALLAH itu pasti. Jadi tidak perlu diragukan.

“Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali dagang. Beruntunglah orang-orang yang dagang (asing).”


Jadi, itulah sebabnya saya bertudung labuh. Jangan tanya lagi apa kos yang saya ambil. Dan persoalan itu sepatutnya ditukar kepada semua wanita yang beriman, “Kenapa tak bertudung labuh?”..

Buat semua, tutuplah aurat anda..Setiap aurat itu adalah maruah kita.. Jangan biarkan maruah kita tercemar. Islam itu indah, senang bukan payah..Permudahkan jangan susahkan..ringankan jangan beratkan..JOM COVER AURAH!!

5 comments:

Mohabar said...

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini

AsyAnis said...

jgn cpat geram.. don't expect everyone to understand us, when we don't really understand them either.

seek 1st to understand, then to be understood.

syuhadah zawawi said...

thanx for the comment anis..hehe..hanya menyampaikan..geram itu bukan perkara utama..tapi yang utama yang ingin disampaikan ialah, WHY WE SHOULD COVER OUR AURAH.why muslimah must wear the jilbab.why people around us keep asking the question that is not relevent.thats the point..hehe

halim ariffin said...

syabas..i proud with u!!tp kalu bleh jwpan ke-2 2 elkkan.jwblah spy bhemah agr mudh menrik org kpd islm...jwpn sindirin d bmbngi akn buat org jelik pd kita..jwb la dgn lmh lmbut sesuai dengan penmpilan kita...takbir!!!

WanitaMustanir said...

Assalamualaikum ukht syuhadah..

this posting so interesting and 'hidup'..kerana apa ana katakan hidup, krn ianya lahir dari hati seorg muslimah..Subhanallah.. mudah2an kita sentiasa istiqamah di jalanNya..

benar kata akh halim ariffun..

sbg muslimah yg ingin menonjolkan imej Islam, tdk seharusnya cpt melatah..kita harus faham, bhw umat Islam skrg telah jauh dr ajaran Islam yg sbnr..so, kita harus menerangkan kpd mereka semampu akal mereka utk mencapai apa yg enti sampaikan..sbb, stp manusia itu Allah jdkan tahap pemikiran lain2.. ada yg pandai, ada jg yg krg pandai..jd, kita yg sudah memahami Islam harus menerangkan kpd mereka yg masih jahil ttg islam..

Wallahualam...