Saturday, November 28, 2009

Menghadapi REALITI PENGORBANAN

“Nor Syuhadah Zawawi..Cikgu dilantik menjadi warden tahun hadapan..” kata cikgu Amin kepada saya. Tidak tahu apa yang boleh digambarkan perasaan saya ketika itu. Cepat saja mata saya ingin merembeskan air. Mujur sempat saya menahannya. Terbayang akan keinginan saya untuk bersama sahabat-sahabat dalam gerak kerja Islam di Lahad Datu. Sudah pasti banyak masa yang terbatas. Terbayang juga elaun perumahan RM880 bakal dipotong dari gaji saya. Terasa banyak pula terbangnya wang itu.Terfikir juga, kalau dalam tempoh itu sudah sampai jodoh saya, mesti sukar untuk pulang melaksanakan tanggunggjawab sebagai isteri.. Kawan-kawan yang lain, masing-masing melepaskan rasa lega kerana tidak dipilih untuk menjadi warden. Maklumlah, masing-masing inginkan privacy. Menjadi warden, sudah tentu 24 jam bersama pelajar asrama.. Berat rasanya hati ini..

Tidak tahu bagaimana mahu legakan hati yang keresahan dengan taklifan ini. Lebih memberatkan, apabila guru-guru lama juga menyatakan rasa peliknya dengan pelantikan ini. Katanya, ini lantikan warden pertama dari semenanjung. Biasanya orang sabah saja yang jadi warden. Saya sedaya mungkin memujuk diri ini. Saya sampaikan berita ini pada ma. Ma membalas dengan tenang.

“Bagusla tu jadi warden..” Itu saja. Panjang juga saya berfikir. Sebelum ini memang saya ada merancang untuk membangunkan kerohanian pelajar di sekolah ini. Tidak ada cara lain sebenarnya melainkan menjadi warden. Jalan terbaik. Tapi entah mengapa, beratnya rasa hati ini. Saya menyampaikan juga kepada teman-teman seperjuangan. Balas mereka;

“Kenapa dalam ramai-ramai nti boleh terpilih?”
“EPW macam mana?”
“Nti sorang je ke?”

Merintih juga hati ini. Sebenarnya inginkan kata-kata semangat dari teman-teman, mungkin masing-masing terkejut dengan pelantikan saya sebagai warden.
Dalam rasa yang terbeban, ALLAH pilih saya untuk bersama dalam Mukhayyam di Tawau. Sampai saja di sana, tidak dapat dibendung air mata ini kerana rindunya rasa bertemu teman-teman sefikrah, suasana dalam halaqah ilmu..ALLAHUAKBAR! Tidak dapat digambarkan rasa rindunya hati ini akan suasana sebegini.

Mesej indah yang ingin ALLAH sampaikan pada saya, sentuhan isu TADHIYAH atau PENGORBANAN oleh penceramah, merenyukkan sedikit sebanyak kesenangan hidup yang saya inginkan..ALLAHUAKBAR, besarnya kasih dan sayang ALLAH yang sentiasa melorongkan kebaikan, memberikan hikmah dan petunjuk pada diri ini. Patutkah lagi diri ini berlaku derhaka kepadaNYA..

“Pengorbanan yang sebenar adalah apabila mereka yang berjuang di jalan ALLAH ini memperuntukkan hak mereka untuk perjuangan ISLAM. Setiap hari, sentiasa memperuntukkan segala apa yang ALLAH beri kepada kita untuk Islam. Peruntukkan HARTA kita, MASA kita, TENAGA kita, AKAL fikiran kita, semua itu HAK kita yang ALLAH beri tapi kita peruntukkan untuk ISLAM. Itulah pengorbanan yang sebenarnya..”

ASTAGHFIRULLAH..bukan saya tidak biasa dengar kupasan kepada tajuk pengorbanan ini, namun, inilah manusia. Yang perlu sentiasa diingatkan. Alangkah besarnya hikmah dan ruang dakwah yang ALLAH bagi bila saya menjadi warden. Bukannya terputus gerak kerja dakwah andai menjadi warden, cuma lapangannya berbeza daripada sahabat-sahabat yang lain. Sempitnya pemikiran saya sewaktu merasakan akan tidak adilnya pelantikan ini.

“Tak mengapa syuhadah, dipotong RM800 bukannya banyak berbanding sumbangan tenaga yang diperlukan di asrama sebagai warden nanti. ALLAH ganti dengan ganjaran dan rezeki yang lagi banyak dari RM800 tu..” kata kak Lia, sahabat baru yang ALLAH pertemukan di Lahad Datu ini. Terima Kasih ALLAH yang mengilhamkan kata-kata itu kepada kak Lia untuk bangkitkan semangat saya.

Inilah realiti pengorbanan di lapangan kerja sekarang. Baru sahaja ALLAH uji dengan kewangan, hampir tersungkur saya dengan kesedihan, ASTAGHFIRULLAH..Belum pun lagi melangkah ke alam perkahwinan..Semoga dikukuhkan dan diteguhkan iman di jalan ini..

SALAM AIDILADHA buat semua pengunjung blog ini. Semoga setiap masa, setiap ketika, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ini menjadi pengajaran dan panduan kehidupan kita, yang hakikatnya sebuah PENGORBANAN itu tidak MENGUNDANG SEBARANG KERUGIAN.. Malah digandakan lagi ganjaran dari ALLAH swt..

5 comments:

Unknown said...

Sabar ya ukhti. Bukankah Allah sentiasa bersama.

Pilihan itu pilihan Allah. Sekolah hanyalah asbabnya.

Lemah semangat itu biasa. Kerana kita ini manusia biasa.

Sedangkan nabi sallallahualaihiwasallam pun pernah bersedih berdakwah pada manusia. Inikan pula kita.

Bukankah Allah pernah berkata, "...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah: 216)

Mungkin ini tarbiah dari Allah!

Elaun, mudah-mudahan Allah akan menggantikannya dengan yang lebih besar.

Harta itu cubaan dari Allah. Kadangkala lebih takut dengan dugaan kesenangan daripada kesusahan.

Takut bila jadi insan yang tak bersyukur padaNya.

Biarpun sendirian di tanah gersang. Takkan dibiarkan tanpa tanaman.

Biarpun sendirian menongkah badai perjuangan, takkan dibiarkan diri hilang pedoman.

Bak kata seorang pejuang : "Kalaulah ada seribu orang pejuang, salah seorangnya adalah aku. Kalau ada seratus orang pejunag, salah seorangnya juga aku. Kalau hanya ada 10 orang pejuang, salah seorangnya mestilah aku. Kalaulah tinggal hanya seorang pejuang, itulah aku. Kalau tiada lagi pejuang, ertinya aku sudah mati syahid!."

Indahnya kata-kata ini. Moga dapat memberi kekuatan buat ukhti.

Wallahua'lam.

syuhadah zawawi said...

Jazakallahu khairan jaza' (^0^)/

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam iduladha.

Semoga nti diberikan kekuatan untuk terus menghadapi ujian daripadanya. Ujian itu datang sesuai dengan tahap keimanan seseorang.

terus mendidik adik-adik asrama. Ana yang dapat jadi pembantu warden rasa bersyukur sangat sebab terpilih untuk berkhidmat diasrama. Teruskan mendidik & membimbing..

yg mencari warden aspuri,

Sahabatmu, TG

syairah said...

assalamualaikum..

ukhti syuhadah yang ana kenal adalah seorang mujahidah yang sering berfikir untk kemajuan ummah..hilang rasa jemu bila berhadapan dengan perjuangan, hilang rasa sunyi bila menghadap Tuhan, malah hilang rasa duka bila sentiasa memberi tazkirah kepada org..

ukhti seorang ratu agama..

syuhadah zawawi said...

ALLAHUAKBAR!!Kerdilnya rasa diri..isk isk