Wednesday, November 4, 2009

Tempatku DI SINI

Sebelum berangkat ke Sabah, ayah tinggalkan satu pesanan yang cukup menggetarkan jiwa saya sebagai seorang bakal pendidik. Kata ayah, “Peluang dakwah besar di Sabah. Kalau tak buat sia-sia saja ke sana..” Ma pula sentiasa mengingatkan supaya sentiasa peruntukkan sebahagian gaji untuk perjuangan memandangkan berada di Sabah, tidak dinafikan elaunnya sangat banyak.

“Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim.” (Al -Baqarah :254

Malam terakhir di rumah, menjadikan hati saya semakin berat. Sedih datang menyelubungi diri apabila memikirkan perpisahan sementara pada jarak yang begitu jauh. Terdetik juga di hati ini, seakan tidak mahu ke sana. Malam itu juga, saudara mara datang ke rumah. Keadaannya seperti saya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Meriah seketika yang menghilangkan sedikit kedukaan. Perjalanan dakwah ini sememangnya berat. Bergelar seorang pendidik, banyak yang perlu dikorbankan. Terbayang kedhaifan negeri Sabah, mungkin kawasan pedalaman menjadi penempatan saya selama bergelar guru di sana. Namun, latihan kehidupan dalam kesusahan selama berada dalam perjuangan sedikit sebanyak menyuntik semangat menolak jauh-jauh keinginan nafsu yang cintakan kesenangan dunia.

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At Taubah : 41)

Alhamdulillah, seperti dibayangkan, di sinilah tempat saya, SMK Tungku, Lahad Datu. Jauh dari kesibukan bandar, di didik dengan kesusahan yang saya kira tidaklah begitu teruk. Kawasan pedalaman, yang mengajar saya erti nikmat dan syukurnya apabila ada setitik air. Inilah tarbiyah. Tarbiyah dari ALLAH untuk menguji hambanya yang suatu ketika dahulu bergegar dengan kata-kata jihad, melihatnya sampai ke tahap pengaplikasian adakah benar tergolong dalam orang-orang yang benar-benar beriman dan berjuang. Semoga saya tidak mudah rebah dalam setiap ranjau yang dihadiahkan dariNya tanda ingatanNYA pada saya. Apalah sangat dengan kesusahan yang sebesar zarah ini yang diberikanNya berbanding perjuangan Rasulullah yang bermandi darah demi Islam tercinta.

Suasana baru ini memberi banyak motivasi kepada saya. Dengan keadaan pelajar yang majoritinya muslim namun majoritinya juga tidak cukup solat lima waktu. Latar belakang keluarga dan adat kehidupan di sini jauh berbeza dengan keadaan pelajar di semenanjung. Cara berkomunikasi banyak yang perlu ditapis. Mungkin akan disalah fahamkan. Dalam masa sebulan ini, saya lebih banyak memerhati dan belajar, mencari ‘line’ yang terbaik untuk bekerja demi ISLAM.

Semoga sahabat-sahabat saya juga tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersemangat dalam tugas mendidik anak bangsa ini agar mengenal TUHAN bukannya TUAN, mengenal KEBENARAN bukannya KEBATILAN, menjadi ISLAM bukannya SYAITAN. Masing-masing dengan cabaran masing-masing, sekolah cina, sekolah kayu, tiada elektrik mahupun air, keseorangan terpisah jauh dari sahabat perjuangan mahupun yang berada dalam cukup segala kemudahan, semoga graf perjuangan itu sentiasa menaik. ALLAHUAKBAR!

Tetapkan langkah-langkahmu
Lantangkan gema suaramu
Dunia Islam memanggilmu
Sambutlah dengan semangatmu

Jangan pernah berkeluh kesah
Pasti bersimbah peluh dan darah
Kuatkan kesabaranmu
Jangan pernah kau menyerah





7 comments:

Unknown said...

Salam. Subhanallah. Peluang menambah pahala enti terbentang luas. Kekurangan yang ada amali kepada tarbiyyah yang sering dilaungkan. Moga sentiasa diberi kekuatan meneruskan tuntutan dakwah. Walau apa jua keadaan yang menimpa.

Hanya kepada Allah tempat bergantung.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam perjuangan. Keluarga yang memahami erti perjuangan, tidak sesekali berdukacita dengan keluarnya seorang serikandi ke medan dakwah dan tempur.

Tahniah buat sahabiah yg kesabah, ntum punyai pengalaman yg bukan semua pendakwah dapat.

Manfaatkan peluang, rebutkan ruang.

Cikgu Tg
SMK Lukut,
Port Dikcson

syuhadah zawawi said...

InsyaALLAH..Doa antum mengiringi perjuangan kami di sini

Cikgu Nizam ( Al muqammul amin) said...

kata orang...guru: baling ke laut menjadi mutiara, baling ke langit menjadi bintang...baling ke sabah...ops terbang ke sabah....jangan lupe terbang ke kalate juga...hehehe...ape ape pun best of luck...nak di doakan?...insyaAl;lah doa untuk kalian memang ada di khususkan dalam 3/4 malam....ok...baraqalahufiq...

syuhadah zawawi said...

Ana terbang ke terengganu pulak..nanti2 la ke klate tu..

qurratun ain said...

ada maksud yg tersirat tu..=)

syuhadah zawawi said...

??? nothing special for that senteces..huhu